Isnin, 7 Februari 2011

Persediaan awal UPSR



Murid-murid Tahun 6 Seri Abim Sg Ramal telah mengadakan persediaan awal untuk menghadapi UPSR dengan mengikuti Program Permata Gemilang (PPG) bermula 28hb hingga 29hb Januari 2011 yang lalu.

Antar perisian Program PPG 2011 siri 1 yang diadakan di sekolah ialah bengkel menjawab soalan UPSR untuk mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan slot Motivasi.

Guru-guru yang mengendalikan bengkel-bengkel tersebut terdiri daripada guru-guru penyemak kertas jawapan UPSR dari sekolah-sekolah sekitar Bandar Baru Bangi. Manakala slot motivasi disampaikan oleh Cikgu Mohd Fuad dari SBPI Gombak.

Seramai 120 murid Tahun 6 yang diawasi oleh 6 orang guru bertugas tinggal di sekolah selama satu malam. Selain bengkel UPSR, murid-murid mengadakan solat sunat malam yang dikendalikan oleh Ustaz Shairul Azri pada pukul 5.00 pagi.

Ibu bapa juga dilibatkan di dalam PPG dengan menghadiri Taklimat Ibu bapa yang disampaikan oleh Puan Pengetua. Selepas taklimat, para ibu bapa mengadakan perbincangan dengan guru-guru Tahun 6. Selepas itu, para ibu bapa menghadiri slot Motivasi bersama anak masing-masing di surau.

PPG berakhir pada pukul 6.30 petang.

0 comments:

Catat Ulasan