Memaparkan catatan dengan label Sahsiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sahsiah. Papar semua catatan

Isnin, 11 November 2019

Majlis Khatam Al-Quran Tahun 6 2019

Seramai 101 orang murid Tahun 6 telah diraikan di Majlis Khatam Al-Qur'an pada 8 November 2019 di Dewan Serbaguna SERI.

Majlis telah dirasmikan oleh Ustaz Hj. Mohd Naim B. Mohd Noor, Timbalan Pengarah (Kaderisasi) YTP.
Manakala guru pembimbing Khatam ialah Ustaz Mohd Suhaizi B. Ismail.

Sebelum majlis selesai, penyampaian cenderahati kepada peserta khatam, guru pembimbing dan Perasmi.
Majlis yang bermula pukul 10.00 pagi berakhir pada pukul 12.00 tengahari.

Selasa, 9 Julai 2019

Pengalaman pertama kali duduk kem

SERI ABIM Sungai Ramal telah mengadakan program Tamrin Pengukuhan Tahun 4 pada 5hb hingga 7hb Julai 2019 (Jumaat - Ahad) yang lalu. Program ini telah diadakan di Eco Millenium, Beranang.

Program ini bertujuan untuk:
1. Memperkukuh kefahaman tentang solat
2. Menghubungkait solat dengan aspek-aspek kehidupan
3. Melatih amalan solat sempurna
 
Program yang dianjurkan oleh Unit Sahsiah SERI ABIM Sungai Ramal ini  telah disertai oleh 163 orang murid Tahun 4. Seramai 15 orang fasilitator yang terdiri daripada ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan 13 orang guru telah menjayakan program ini. 
 
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan ialah:
1. Hadiah dari Tuhan
2. Kenapa mesti Bersolat?
3. Peta Solat
4. Rahsia Solat
5- Solat dan Akhlak
6. Sujud kepada Tuhan
7. Pelaburan Akhirat
8. Pengurusan Solat.

Semoga murid-murid Tahun 4 dapat memperkukuh kefahaman tentang solat dan berdikari.

Ahad, 18 Oktober 2015

Usrah Gabungan Bersama Presiden ABIM

Usrah Gabungan Bersama Presiden ABIM telah diadakan pada 16/10/2015 (Jumaat) di Surau Sekolah pukul 3.00 hingga 4.00 ptg. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh CEO sekolah, Tn. Haji Baharuddin  Ibrahim.

Kemudian Presiden Abim, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim menyampai ceramah. Selepas itu Naib Presiden Abim, Saudara Khairudin Abas telah menyampaikan ucapan ringkas.

Berikut gambar-gambar menarik yang sempat dirakamkan oleh lensa sekolah.

Presiden Abim, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim menyampaikan ceramah.
Tn. Haji Baharuddin  Ibrahim.menyampaikan ucapan alu-aluan.
Guru-guru SERI / SEMI mendengar amanat Presiden ABIM
Guru-guru SERI / SEMI mendengar amanat Presiden ABIM

Selasa, 14 April 2015

Video Tamrin Al-Fateh Tahun 4 & 5 2015

Saksikan video di bawah untuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Tamrin Al-Fateh Tahun 4 & 5 2015 pada 10hb hingga 12hb April 2015.

Khamis, 29 Januari 2015

Sambutan Maulidur Rasul s.a.w

Sambutan Maulidur Rasul s.a.w peringkat SERI ABIM Sg. Ramal akan diadakan pada 30hb Jan 2015 (Jumaat). Antara aktiviti yang dirancang adalah selawat beramai-ramai, ucapan perasmian oleh Guru Besar, persembahan nasyid, ceramah "Mencontohi perjuangan Rasulullah" oleh Ust. Halim B. Mat Jusoh (Tahap 1), ceramah "Menyelusuri Perjuangan Rasulullah" oleh Ust. Mohd Naim Mohd Noor (Tahap 2) dan tayangan.

Aktiviti-aktiviti tersebut akan diadakan di tapak perhimpunan, surau dan Dewan KDH. Murid-murid dibenarkan memakai baju melayu raya / jubah untuk lelaki dan baju kurung raya / jubah dan memakai tudung sekolah untuk perempuan. Waktu persekolah tamat seperti biasa pada pukul 12.30 tengahari.

Khamis, 30 Januari 2014

Halaqah 2014 menggalakkan murid-murid berakhlak mulia.

Petang tadi, Sekolah SERI telah mengadakan acara bulanan iaitu Halaqah yang diadakan setiap Khamis minggu terakhir setiap bulan. Halaqah kali ini bertajuk "Hadis ke-10, Bertimbang rasa terhadap pengikut".

Ceramah selama 1 jam bermula pukul 3.30 petang hingga 4.30 petang yang melibatkan murid-murid Tahap 2 telah disampaikan oleh Ustaz M. Suhaizie B Ismail, guru SERI. Slide hadis tersebut boleh dilihat di dalam persembahan prezi di bawah.

Berikut gambar yang sempat dirakam sepanjang Halaqah minggu ini.

Selasa, 25 Jun 2013

Tamrin Tahun 4 dan 5 ditunda akibat jerebu

Makluman kepada Ibubapa,Guru & Pelajar2 tahun 4 & 5:

Memandangkan bacaan IPU tidak menentu di mana kita mengambil kira keadaan luar jangka @ sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Tamrin Pengukuhan Tahun 4 & 5 yang dijadualkan pada 28 hingga 30 Jun 2013 akan DITUNDA. Insha Allah, tarikh baru untuk Tamrin tersebut seperti yang dipersetujui oleh pihak sekolah adalah pada 20 hingga 22 September 2013.

Sekian dimaklumkan.

Khamis, 13 Jun 2013

Impian Country Resort Melambai-lambai peserta Tamrin Tahun 4 dan 5

Tamrin Pengukuhan Tahun 4 dan 5 akan diadakan di Impian Country Resort, Batu 14 1/2, Hulu Langat bermula 28hb ( Jumaat ) hingga 30hb Jun 2013.

Tamrin ini bertujuan untuk memantapkan fardhu ain dan memupuk sikap positif murid-murid di dalam suasana yang dikelilingi alam semulajadi.

Selasa, 19 Jun 2012

Makluman: Tamrin SERI Tahun 4 & 5

Program Tamrin Tahun 4 dan 5 akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh: 6 -8hb Julai 2012 / 16 - 18 Syaaban 1433H
Tempat:Photon Valley Resort, Batu 19 3/4, Hulu Perdek, Hulu Langat

Surat makluman, senarai keperluan dan borang jawapan telah disampaikan kepada murid-murid Tahun 4 dan 5 semalam.

Ibu bapa yang belum mendapatkan surat-surat tersebut boleh download surat -surat tersebut di bawah.

Sila hantar borang jawapan sebelum 3hb Julai 2012.

Surat Tamrin Seri 2012 (A) Surat Tamrin Seri 2012 (B) Surat Tamrin Seri 2012 (C)

Khamis, 24 Februari 2011

Majalah An-Najah sudah diterbitkan

Majalah An-Najah, majalah sekolah Seri Semi Abim Sg Ramal telah diterbitkan di dalam bulan ini. Majalah edisi 6 ini yang mempunyai muka depan tentang Anugerah Kecemerlangan 2010 diterbitkan oleh sidang redaksi Unit Majalah yang diketuai oleh GPK Sahsiah, Ustaz Nazzil Saifuddin Abd Rahim.

Pelajar-pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 Tahun 2010 boleh mendapatkan majalah ini di Pejabat Pentadbiran Sekolah.

Isnin, 31 Januari 2011

Watikah Perlantikan Pengawas Semi 2011

Watikah Perlantikan Pengawas Semi 2011 telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Sahsiah, Ustaz Nazzil semasa perhimpunan Jumaat minggu lepas. Seramai 23 orang pengawas Semi telah dilantik.

Sekolah telah melantik adik Muhammad Amirul Firdaus Mohd Sharifuddin (pelajar Tingkatan 3) sebagai Ketua Pengawas Semi manakala adik Siti Farhana Mohd Halimi (pelajar Tingkatan 3) sebagai Penolong Ketua Pengawas Semi.

Selepas penyampaian watikah, barisan pengawas membaca ikrar Pengawas PSS di hadapan murid-murid dan guru-guru. Lagi gambar menarik.