Khamis, 23 Disember 2010

Tahniah! 5 pelajar (9A) dan 4 pelajar (8A) PMR 2010



12.30 tengahari. Sekolah telah mengadakan program penyampaian slip keputusan PMR 2010 di kelas Tingkatan 1. Keputusan PMR adalah cemerlang di mana bilangan pelajar yang mendapat 9A telah meningkat kepada 5 orang pelajar. Mereka ialah Anis Syakirah, Fatin Najwa, Miza Nazihah, Nik Azimah dan Siti Nor Allyana.

Manakala 4 orang pelajar mendapat 8A iaitu Muhammad Khalil, Nur Asyiqin Azman, Siti Nabilah dan Muhamad Aqeef. Kesemua mata pelajaran kecuali Bahasa Arab mendapat 100% lulus. Gred Purata Sekolah (GPS)ialah 1.76.


Sekolah mengucapkan tahniah kepada pelajar yang cemerlang dan pelajar yang mendapat keputusan kurang cemerlang boleh mencipta kecemerlangan pada masa hadapan.

0 comments:

Catat Ulasan