Jumaat, 11 Mei 2012

Bengkel SPRA 2012

Murid-murid sedang khusyuk menonton bahan multimedia yang disediakan.

Murid-murid Tahun 5 SERI ABIM Sungai Ramal telah mengikuti Bengkel SPRA 2012 pada 11 Mei 2012 yang lalu. SPRA (Sijil Pelajaran Rendah ABIM) adalah peperiksaan yang dikendalikan oleh Yayasan Takmir Pendidikan untuk murid-murid Tahun 5 yang bersekolah di sekolah-sekolah di bawah naungan YTP.

Bengkel bermula seawal pukul 8.00 pagi dengan pengisian  Bengkel Al-Quran. Kemudian bengkel Bahasa Arab menyusul sehingga pukul 12.30 tengahari.

 Selepas itu bengkel berehat untuk memberi laluan kepada murid-murid dan guru-guru untuk Solat Jumaat dan makan tengahari. Bengkel disambung semula dengan pengisian Bengkel Sirah sehingga pukul 4.30 petang.

Sekali lagi, bengkel ditangguhkan untuk memberi laluan kepada solat Asar, minim petang dan persiapan diri,makan malam dan solat Maghrib.

Selepas murid-murid mengerjakan solat Maghrib dan bacaan Mathurat, mereka mengikuti Bengkel Tafsir. Sebelum mereka bersurai pada pukul 10.00 malam, guru-guru dan murid-murid mengerjakan solat Isyak di surau.

Bengkel SPRA telah disampaikan oleh guru-guru SPRA SERI ABIM Sungai Ramal.

Khamis, 10 Mei 2012

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012.

Mulai 14hb Mei, para pelajar SERI SEMI ABIM Sungai Ramal akan menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012. Peperiksaan melibatkan mata pelajaran akademi dan agama.

Berikut jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Rabu, 9 Mei 2012

Bengkel Keibubapaan : STRATEGI IBUBAPA BIJAK

Kita pasti mahu : 

  1. Membina anak-anak hebat yang pandai belajar, baik budi pekerti, bertanggungjawab, berbakat kepimpinan & patuh pada suruhan agama.
  2. Meningkatkan tahap kasih sayang & hubungan sesama keluarga dengan ketara. 
  3. Menukarkan rasa tertekan & terbeban di dalam menangani kerenah anak-anak kepada satu suasana yg ceria, positif & membina. 
  4. Menjadikan anak-anak dgn sukarelanya patuh kpd peraturan asas & membuat tugasan di rumah dgn senang hati....

dan sebagainya....

Senario :
  • Kadang-kadang kita sendiri tidak faham dengan anak-anak kita.
  •  Kadang-kadang kita sendiri tertekan, cepat marah, pening dgn segala perlakuan anak2 kita.
  • Kadang-kadang kita sendiri buntu cara apa lagi yang harus dibuat utk menangani setiap permasalahan yg melibatkan anak2....

Namun pernahkah kita menimba ilmu tentang keibubapaan secara formal demi menjadikan kita sebagai ibubapa profesional yang tinggi tahap celik akal, celik jiwa & peka dalam setiap kerenah, emosi & permasalahan anak-anak kurniaan Allah kepada kita?

Anak2 semakin membesar dari alam kanak2 ke alam remaja. Maka kita juga harus melengkapkan diri dgn ilmu yang mantap bagi menangani transformasi tersebut dgn pendekatan yang berbeza. Sayang sekali jika kita membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa ada penambahan ilmu untuk kita sebagai ibu & ayah. 

Maka, tunggu apa lagi...?

AYUH! Bertindak sekarang utk menyertai bengkel keibubapaan ini sebagai pelaburan utk kita lebih mendalami, mendekati & menyelami isihati anak2. Biarlah kita yang lebih memahami & dekat dgn mereka dari pengaruh rakan2 sebaya mereka yg lain.

Bengkel Keibubapaan : STRATEGI IBUBAPA BIJAK  akan diadakan pada : 

Tarikh     :   12 Mei 2012  (Sabtu)

Tempat   :   Bilik Seminar DIAMOND 2, ILSAS UNITEN KAJANG

Masa         :   9.00 pagi - 6.00 petang

Bersama EN ZAID MOHAMAD :
 
~ Seorang Perunding Keibubapaan Bertauliah (Certified Parenting Coach)
~ Dilantik sebagai Pakar Ibubapa oleh CYBERSAFE Malaysia (agensi MOSTI)
~ Kolumnis tetap "Smart Parenting" dalam The New Sunday Times
~ Best Selling Author "SMART PARENTS BRIGHTER KIDS"
~ Sering diundang sebagai tetamu Radio IKIMfm, WHI TV3, Semanis Kurma TV9... dll...

PENDAFTARAN : 
RM 150 seorang 
RM 250 berpasangan 

PENDAFTARAN (Ibu Bapa SERI/SEMI ABIM): 
RM 120 seorang 
RM 200 berpasangan 

PEMBAYARAN :
BASEERAH RESOURCES - Maybank 
5628 3461 2798

Sila faks/emel/sms Nama Penuh Anda & Bukti Pembayaran ke :

Puan Rosila :  013 381 3032
Faks               :  03 - 821 00 799
Emel              :  baseerahresources@gmail.com

Selasa, 8 Mei 2012

Bengkel Pelaksanaan KSSR

Penceramah jemputan sedang menyampaikan ceramahnya.

Yayasan Takmir - Pendidikan (YTP) telah menganjurkan Bengkel Pelaksanaan KSSR untuk guru-guru Tahun 1 hingga 4 pada 5hb Mei 2012 / 13 Jamadil Akhir  1433H (Sabtu) yang lalu.

Bengkel yang diadakan di Bilik Syura, Kolej Dar Al-Hikmah disampaikan oleh dua orang Juru Latih Kebangsaan KSSR iaitu Cikgu Hajjah Mariam Bt Hj Mohd Yassin dan Cikgu Dalilah Saparon.

Bengkel KSSR kali kedua ini bertujuan untuk memberi lebih kefahaman kepada guru-guru untuk melaksanakan KSSR. Bengkel ini selesai pada pukul 12.30 tengahari.

Guru-guru khusyuk mendengar penerangan mengenai pelaksanaan KSSR.

(Lagi gambar menarik)

Isnin, 30 April 2012

SERI Juara Keseluruhan Jambori Amal Islami MAPPIS 2012

SERI ABIM Sungai Ramal telah menjadi Juara Keseluruhan Jambori Amal Islami 2012 yang diadakan di Kampus Induk UNISEL pada 27hb hingga 29hb April 2012 yang lalu.

Jambori Amal Islami Peringkat Sekolah Rendah telah disertai oleh 1000 orang murid mewakili 25 buah Sekolah Agama Rakyat di Selangor. Hadiah keseluruhan telah disampaikan oleh Exco Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Selangor, Dr Halimah Ali.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Futsal (lelaki sahaja), Bola Jaring, Badminton (individu & beregu), Nasyid, Tilawah, Hafazan, Azan & Iqamah, Muhawwarah, Sajak, Bercerita (BI), dan Pidato. Alhamdulillah SERI ABIM Sg Ramal telah berjaya memenangi acara-acara berikut:

Sajak perempuan; Johan
Nurul Farhana Bt Saifuddin.
Nasyid perempuan; Naib Johan
 Nurul Farhana Imran Bt Harpajan, Syahira Aina Bt Rosdi, Azleen Arisya Bt Rosli, Nur Siti Balqis Bt Mohd Zaki, Siti Aisyah Bt Samian, Ainur Syuhada Bt. Mohd Farid, Nik Nur Husna Safiah, Bt Che Mohd Yani, Zailatul Athirah Bt Zailan, Nurul Hannah Bt Zulkifli dan Nur Hazirah Bt Mohd Hanim

Pidato lelaki; Naib Johan
Raja A'taillah B. Abdullah.
Tilawah lelaki; Naib Johan
Ulya B. Adza

Bercerita (BI) lelaki; Naib Johan
Isyraf B. Hassan Hamdani.

Hafazan perempuan; ketiga
Siti Nurnasyitah Bt. Hafidzan

Badminton Beregu lelaki; Naib Juara
Amirul Afiq B. Romlan, Anas B. Mohamad Fauzi

Bola Jaring; Naib Juara
Nur Syasya Bt Shahril, Nurul Farhana Bt Imran Harpajan, Siti Noraini Bt Mohd Hakim, Nur Diyana Bt Mohd Ali Hanafiah, Azleen Arisya Bt Rosli, Nur Iffah Bt Ahmad, Nur Hazirah Bt Mohd Hanim, Nurul Hannah Bt Zulkifli 

Badminton Individu perempuan; keempat
Nurul Ain Kamaliah Bt Ahmad Azmi
Badminton Beregu perempuan; keempat
Ainun Sara Bt Nasri, Fatin Maisarah Bt Abd Rahman

Tahniah kepada kontinjen SERI ABIM Sg Ramal dan sekalung penghargaan kepada seluruh warga sekolah juga kepada ibu bapa yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung. Dengan izin Allah swt, doa, sokongan dan kerjasama semua pihak adalah antara asbab kejayaan ini mampu dibawa pulang. Takbir! Allahu Akbar!!