Selasa, 8 Mei 2012

Bengkel Pelaksanaan KSSR

Penceramah jemputan sedang menyampaikan ceramahnya.

Yayasan Takmir - Pendidikan (YTP) telah menganjurkan Bengkel Pelaksanaan KSSR untuk guru-guru Tahun 1 hingga 4 pada 5hb Mei 2012 / 13 Jamadil Akhir  1433H (Sabtu) yang lalu.

Bengkel yang diadakan di Bilik Syura, Kolej Dar Al-Hikmah disampaikan oleh dua orang Juru Latih Kebangsaan KSSR iaitu Cikgu Hajjah Mariam Bt Hj Mohd Yassin dan Cikgu Dalilah Saparon.

Bengkel KSSR kali kedua ini bertujuan untuk memberi lebih kefahaman kepada guru-guru untuk melaksanakan KSSR. Bengkel ini selesai pada pukul 12.30 tengahari.

Guru-guru khusyuk mendengar penerangan mengenai pelaksanaan KSSR.

(Lagi gambar menarik)

0 comments:

Catat Ulasan