Khamis, 14 Februari 2019

Sekolah terus menjadi tumpuan lawatan dari institusi pendidikan Luar Negara


Walaupun tahun 2019 baru memasuki bulan kedua, sekolah  telah dilawati sebanyak 3 kali dari dalam dan luar negara setelah sekolah menerima lawatan daripada rombongan pelajar-pelajar dan guru-guru Pesantren Modern Al-Falah Abu Lam U, Aceh, Republik Indonesia semalam.

Rombongan yang terdiri daripada 54 orang pelajar dan 4 orang telah tiba di perkarangan sekolah pada pukul 2.45 petang. Sekolah telah menjadi salah satu destinasi mereka dalam rangka lawatan "Study Tour Goes to Singapore and Malaysia.

Selepas menjamu hidangan makan tengahari di Dewan Besar Kolej Dar Al Hikmah, sesi ta'aruf telah disampaikan oleh CEO sekolah, Ustaz Nazzil Saifuddin Abd Rahim, Pengetua SEMI, Puan Rogayah Sebli dan Ketua Rombongan daripada Pesantren Modern Al-Falah Abu Lam U, Aceh.

Selepas itu, sesi soal jawab dan bertukar-tukar cenderahati telah diadakan sebelum menikmati minum petang. Semoga lawatan ini akan merapatkan silaturrahim di antara 2 negara serumpun, Malaysia dan Indonesia.

Berikut antara gambar-gambar menarik yang sempat dirakamkan oleh lensa Unit IT.














0 comments:

Catat Ulasan