Rabu, 20 Februari 2019

Bola Jaring MSSD Hulu Langat: SERI Tempat ke-4 Keseluruhan


Pada 18hb Februari hingga 19hb Februari 2019 yang lalu, pasukan Bola Jaring SERI telah menyertai pertandingan bola jaring MSSD Hulu Langat yang diadakan di SK Taman Kajang Utama.

Pasukan sekolah diwakili oleh:

1. Nur Nadhirah Amnie 6 Omar (C)
2. Qaisara Damia 6 Hamzah( WA)
3. Adriana Syuhaidah 6 Abu Bakar (GA)
4. Nur Aini 6 Abu Bakar (GS)
5. Anis Syaakirah 6 Uthman (WD)
6. Nur Aleya Annissa 6 Ali (GD)
7. Nurshaza Khaira 6 Abu Bakar (GK)
8. Asyfa Nadhirah 6 Ali (simpnan WA)
9. Nur Ainul Mardhiah 6 Omar (simpanan WD)
10. Nur Shasha Safrina 6 Uthman (simpanan C)
11. Nik Nur Aisyah 6Al i( Simpanan WA)

Pasukan ini diiringi oleh guru pengiring / jurulatih iaitu Cikgu Nur Ain & Cikgu Ros Haneyati.

Pasukan sekolah menjadi Johan peringkat Kumpulan dan terus mara hingga ke peringkat Separuh Akhir. Kemaraan pasukan Bola Jaring SERI telah dinafikan oleh Pasukan Bola Jaring Sekolah Kebangsaan Jalan 4 (A) apabila tewas dengan jaringan 6 -16 di peringkat Separuh Akhir.

Untuk penentuan tempat 3 atau 4, pasukan SERI telah tewas dengan Pasukan S.K. Seksyen 7 dengan jaringan 5 - 8. Oleh itu pasukan SERI telah mendapat tempat ke-4 keseluruhan. Pasukan yang terlibat di pertandingan ini sebanyak 58 buah pasukan.

Ucapan tahniah kepada Pasukan Bola Jaring SERI atas pencapaian ini.

Berikut gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera telefon guru pengiring / jurulatih.














0 comments:

Catat Ulasan