Rabu, 8 Januari 2014

PERJUMPAAN IBU BAPA DAN GURU TAHUN 6 2014


Program kecemerlangan UPSR / PSRA Tahun 6 akan memulakan aktivitinya pada Sabtu ini iaitu Program Pertemuan Ibu Bapa dan Guru Tahun 6 sesi 2014. Berikut maklumat program tersebut:



8 Januari 2014 /6 Rabiul Awwal 1435 H,

Kepada,
Ibu bapa Murid Tahun 6,
SERI ABIM  Sungai Ramal ,
Kajang.

Melalui,
Guru Besar,
SERI ABIM  Sungai Ramal ,

Assalamualaikum w.b.t,
Tuan / Puan,
PERJUMPAAN IBU BAPA DAN GURU TAHUN 6  2014
Didoakan  agar ibu bapa murid Tahun 6 berada di dalam rahmat dan kasih sayang  Allah s.w.t.
2.         Merujuk kepada perkara di atas, pihak sekolah  dengan sukacitanya menjemput semua ibu bapa murid Tahun 6 hadir ke sekolah seperti  butiran berikut;
                        Tarikh             : 11 Januari 2014 (Sabtu)
                        Tempat          : Surau SERI ABIM
                        Masa              : 8.30 – 11.30 pagi

3.         Pihak sekolah juga sangatlah berharap agar tuan puan dapat hadir pada majlis tersebut bagi mendapatkan maklumat serta aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Di samping itu juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru-guru dan ibu bapa.
Kerjasama tuan / puan didahului dengan ucapan Jazakallahukhairankathira.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,

______________
ZOHRIAH SUEET
( PenyelarasTahun 6 )

Sk        - Guru Besar
            - GPK 1/GPK HEM
            - Fail 


TENTATIF PROGRAM
8.00-8.30 PAGI    :  PENDAFTARAN & SARAPAN PAGI
8.30-8.40 PAGI    :  UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
8.40-10.00 PAGI     :  UCAPAN GURU
10.00 – 11.00     : BESAR PENERANGAN PSRA ( PEGAWAI JAIS )
11.00-11.30 PAGI    :  PERJUMPAAN IBU BAPA BERSAMA GURU SUBJEK
11.30.00 PAGI    :  BERSURAI

0 comments:

Catat Ulasan