Pada hari ini, SERI / SEMI ABIM Sungai Ramal telah dikunjungi oleh guru-guru dan pelajar-pelajar daripada Al-Huffazh School, Sumatera Barat dan MTS Al-Fadliliyah Darussalam, Ciamis, Bandung.
Seramai 12 orang pelawat daripada Al-Huffazh School dan 43 orang pelawat daripada MTS Al-Fadliliyah Darussalam telah tiba di sekolah pada pukul 9.30 pagi. Mereka telah melawat kelas-kelas, makmal komputer dan bilik guru yang diiringi oleh Guru Besar dan Pengetua.
Pada pukul 10.30 pagi, mereka berkumpul di surau untuk sesi taklimat daripada sekolah dan wakil-wakil rombongan. Taklimat sekolah telah disampaikan oleh Pendaftar, Ustaz Mohd Naim Mohd Noor yang berkongsi tentang struktur pendidikan ABIM (YTP, SERI, SEMI, TASKI, TAHFIZ) dan inspirasi sekolah.
Program diakhiri dengan sesi bertukar-tukar cendaramata daripada ketiga-tiga pihak. Semoga rombongan ini akan memberi manfaat kepada sekolah dan rombongan-rombongan daripada Indonesia.
Berikut beberapa gambar yang sempat dirakam.
|
Rombongan Al-Huffazh School |
|
Rombongan sedang tekun mendengar taklimat. |
|
Wakil daripada MTS Al-Fadliliyah Darussalam sedang berucap. |
|
Wakil daripada Al-Huffazh School sedang berucap. |
|
Sesi bertukar-tukar cenderamata daripada MTS Al-Fadliliyah Darussalam. |
|
Sesi bertukar-tukar cenderamata daripada Al-Huffazh School. |
0 comments:
Catat Ulasan