Rabu, 19 September 2012

Lawatan Guru Besar dari Kota Sabang, Indonesia.


Seramai 32 orang Guru Besar Sekolah Dasar di Kota Sabang, Banda Aceh telah mengadakan lawatan "Study Banding" ke SERI SEMI ABIM Sungai Ramal hari ini. Kota Sabang adalah sebuah kepulauan di utara Banda Aceh.

Setibanya mereka di perkarangan sekolah seawal pukul 8.30 pagi, mereka telah dibawa melawat ke SERI oleh Guru Besar SERI dan Pengetua SEMI. Mereka melihat persekitaran kelas, bilik guru, surau dan Pusat Sumber Sekolah.

Kemudian mereka telah dibawa ke Bilik Syura, KDH untuk mendengar taklimat mengenai sekolah dan YTP. Taklimat-taklimat telah disampikan oleh CEO SERI SEMI, Ustaz Mohd Naim, KPP YTP, Tn Hj Mahyuddin Ashaari dan Pengarah Pengurusan Sekolah YTP, Tn. Hj. Ahmad Tajuddin.

Tidak lupa juga ketua rombongan menyampaikan ucapan untuk menyatakan penghargaan kepada YTP dan sekolah kerana sudi menerima kunjungan mereka. Akhir sekali, pihak YTP dan ketua rombongan bertukar-tukar menyampaikan cenderahati.





0 comments:

Catat Ulasan