Khamis, 13 September 2012

Bengkel Guru semasa UPSR

l

Semasa murid-murid Tahun 6 sedang bertungkus-lumus menjawab soalan UPSR pada 11hb September 2012 hingga 13hb September 2012 yang lalu, guru-guru SERI mengambil kesempatan untuk menambah ilmu dalam pedagogi dengan menghadiri bengkel yang dianjurkan oleh panitia.


Bengkel perkembangan guru telah diadakan selepas Solat Hajat dan bacaan Yasin untuk calon-calon UPSR. Panitia agama telah menganjurkan Bengkel Khat yang disampaikan oleh pakar khat yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Zamri Kadir. Panitia agama juga menganjurkan Bengkel Jawi yang disampaikan oleh Ustaz Shairul Azri.

Unit ICT juga menganjurkan Bengkel ICT yang disampaikan oleh guru ICT iaitu Cikgu Mohd Syakir. Beliau berkongsi teknik-teknik di dalam Microsoft Word dan Powerpoint bersama guru-guru.






Selain bengkel-bengkel, guru-guru SERI disibukkan dengan mesyuarat panitia dan penggubalan kertas peperiksaan akhir tahun.

Bengkel Khat: Ustaz Zamri sedang menunjukkan teknik menulis khat yang betul kepada guru-guru.


Suasana Bengkel ICT yang dijalankan di Makmal Komputer..

0 comments:

Catat Ulasan