Jumaat, 10 Ogos 2012

Majlis Tahlil dan Iftar KGS


Kelab Guru dan Staf telah mengadakan Majlis Tahlil dan Iftar pada 10hb Ogos yang lalu. Program bermula dengan solat Asar berjemaah dan diikuti dengan bacaan Ma'thurat. 

Pada pukul 5.15 petang, pembentangan Buku Perlaksanaan Mazhab Imam Shafie di Malaysia oleh Ustaz Halim Muhammadi.

Program telah diteruskan dengan ucapan Presiden ABIM, En. Amidi b. Abdul Manan. Kemudian beliau telah menyampaikan Imbuhan Hari Raya Sekolah kepada guru-guru dan staf-staf.

Pada pukul 7.10 petang, Ustaz Awang telah memimpin bacaan tahlil. Seterusnya tetamu dan guru-guru berbuka puasa di kantin sekolah. Program diakhiri dengan solat Maghrib berjemaah di surau.  Lagi gambar menarik.

0 comments:

Catat Ulasan