Selasa, 28 Ogos 2012

Kelab Catur SERI SEMI ABIM


Sekolah akan menubuhkan Persatuan Catur SERI SEMI ABIM Sungai Ramal. Persatuan ini terbuka kepada pelajar-pelajar yang balik lewat dan tiada kelas tambahan petang.

Aktiviti persatuan akan diadakan di surau bermula pukul 4.05 petang hingga sebelum Asar. Sekolah mengalu-alukan sumbangan peralatan catur dan khidmat kejurulatihan.

Antara peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Set Catur.
  • Bekas penyimpanan.
  • Jam catur.
  • Alat Bantuan Mengajar catur.
Sesiapa yang ingin menyumbang boleh hubungi pejabat di talian 03-8926 5341. Marilah kita menyokong usaha ini untuk kebaikan anak-anak kita.


0 comments:

Catat Ulasan