Rabu, 30 Mei 2012

Sambutan Hari Guru 2012 Meriah


Sambutan Hari Guru SERI SEMI ABIM Sungai Ramal telah diadakan pada 25hb Mei 2012 (Jumaat) yang lalu. Sambutan tahun ini bertemakan “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah ucapan Pengetua SEMI, ucapan wakil YTP, nyanyian lagu tema dan juga sukaneka di antara guru-guru.

Pada hari tersebut, murid-murid dan pelajar-pelajar telah dibenarkan balik awal pada pukul 12.30 tengahari.

Pada sebelah petangnya pula diadakan Hi-Tea Sambutan Hari Guru di Dewan Kolej Dar-al Hikmah. Selain jamuan makan, majlis penyampaian cenderahati Hari Guru yang diselang-selikan dengan permainan dan persembahan multimedia telah memeriahkan Hi-Tea tersebut

Walaupun Hari Guru disambut dengan sederhana tetapi guru-guru dan staf SERI SEMI ABIM Sungai Ramal tetap ceria dan gembira.

0 comments:

Catat Ulasan