Memaparkan catatan dengan label Tahun 5. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tahun 5. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Januari 2019

Sambutan Program Pertemuan Ibu bapa Tahun 4,5,6 menggalakkan


Pagi tadi telah diadakan Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 4, 5, 6 dan Mesyuarat 3P UPSR di Dataran Al-Hikmah bermula pukul 8.00 pagi.
Selepas pendaftaran diri, ibu bapa bersarapan di Kantin Sekolah.
Pada pukul 9.15 pagi , pengerusi Majlis, Ustaz Zarith Amirul memulakan majlis dengan ucapan Guru Besar SERI ABIM, Cikgu Mohd Hanapiah Ardi.

Kemudian siri taklimat berikut telah dilaksanakan

✅ Taklimat Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD ) - Cikgu Nurnisah, GPK Kurikulum

✅ Taklimat Psikometrik - Puan Khairunnisa - Kaunselor Sekolah

✅ Taklimat Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum ( PAJSK ) - Cikgu Alias, GPK Ko-Kurikulum

✅ Taklimat Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah ( UPSR) - Cikgu Wan Zaripah, Penyelaras Tahun 6

✅ Taklimat  Penilaian Sekolah Rendah Agama ( PSRA) - Ustazah Nazli Hanim, Setiausaha PSRA

✅ Taklimat Sijil Penilaian Rendah Agama ( SPRA ) dan Ujian Penilaian Kelas KAFA ( UPKK ) - Cikgu Zamiah, Setiausaha SPRA, UPKK

Setelah taklimat, sesi soal jawab telah diadakan.
Kemudian, Ibu bapa Tahun 6 bergerak ke kelas anak masing-masing untuk membentuk AJK Program Perkongsian Pintar ( 3P). Program ini bertujuan untuk ibu bapa merancang dan melaksanakan program kecemerlangan anak-anak Tahun 6 sebagai sokongan kepada aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak Sekolah.

Semoga program ini dapat menambahkan maklumat kepada ibu bapa tentang keperluan pendidikan anak masing- masing masa ini.