Memaparkan catatan dengan label 2019. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2019. Papar semua catatan

Isnin, 2 Disember 2019

Majlis Graduasi kali ke-11 2019


SERI & SEMI ABIM Sungai Ramal telah mengadakan Majlis Graduasi kali ke-11 pada 24hb. November 2019 yang lalu. Program ini telah diadakan pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari di Dewan Anuwar Mahmud, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.  Program telah disertai oleh 143 orang murid SERI dan 60 orang pelajar SEMI .
Ucap Utama dan penyampaian sijil Tahun 6 dan Tingkatan 3 telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof .Madya Dr. Ts. Nur Izura
( Pengarah Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM ) dan Tuan Haji Abd. Rahman Mohd Yasin (Ketua Pengarah Pendidikan YTP)

Selain itu penyampaian Anugerah Cemerlang Hafazan, Anugerah Pelajar Cemerlang, Tokoh Pelajar SERI dan SEMI telah dilakukan.
Tahniah kepada pelajar berikut atas anugerah yang telah diterima.

Pelajar Cemerlang SERI: TUN MUHAMMAD SYUKRI BIN TUN ABDUL KARIM

Pelajar Cemerlang SEMI: AHMAD AZRAF BIN MOHD FARIZA

Tokoh Pelajar Lelaki SERI: AHMAD RAMZIL HAFIIZIE BIN RUSLI

Tokoh Pelajar Perempuan SERI: AMIRAH HUSNA BINTI FADLY

Tokoh Pelajar Lelaki SEMI: AMIIR HUSAINI BIN AHMAD FAIZAL

Tokoh Pelajar Perempuan SEMI: IRDHINA HUMAIRA BINTI MOHD FAISAL

Klik di sini untuk biodata pelajar cemerlang dan tokoh pelajar.

Sebelum sesi fotografi, persembahan Tinta buat Guru telah disampaian oleh tokoh Pelajar Lelaki dan perempuan SERI.

Tahniah kepada semua pelajar dan guru.

Untuk video-video graduasi, sila klik di sini


Isnin, 29 Julai 2019

Bertutur di dalam bahasa Arab semasa berjual-beli

SERI ABIM Sungai Ramal telah mengadakan program Mukhayyam Arabi 2019 pada 27hb Julai 2019 (Sabtu) yang lalu. Program ini telah diadakan di Dataran al-Hikmah. Program ini bertujuan untuk menarik minat murid dalam subjek bahasa arab, melatih murid berkomunikasi dalam Bahasa Arab, menyerlah keyakinan murid dan mencapai prestasi yg cemerlang dalam subjek bahasa arab.

Program yang dianjurkan oleh  Panitia Bahasa Arab ini  telah disertai oleh 154 orang murid Tahun 4. Seramai 17 orang guru dan 4 orang fasilitator telah menjayakan program ini.
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan ialah:
Slot 1: Pasar pagi (komunikasi membeli)

Slot 2: Secerah pelangi (nombor 1-1000)
Slot 3: 1 2 3 (mufrod, muthanna, jamak)
Semoga murid-murid yang menyertai program ini akan lebih mencintai Bahasa Arab.





Jumaat, 19 Julai 2019

Rak kasut Ajaib cipta keajaiban rangkul perak

SERI & SEMI ABIM Sungai Ramal telah menghantar 2 kumpulan untuk menyertai pertandingan inovasi Karnival Akademik Penyelidikan dan Inovasi Peringkat Kebangsaan 2019 yang telah diadakan pada 16hb hingga 17hb Julai 2019 yang lalu di IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi. Karnival ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Dr. Amin Senin.

2 kumpulan yang mewakili sekolah ialah Kumpulan Super Gotcha (Panitia Bahasa Inggeris) dan Kumpulan Awraq (Panitia Matematik). Mereka telah bertandingan dengan 82 kumpulan yang terdiri wakil daripada IPG dan sekolah-sekolah KPM di seluruh Malaysia.

Walaupun ini adalah pertama kali sekolah menyertai pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan, produk Rak Kasut Ajaib daripada kumpulan Awraq telah mencipta keajaiban dengan merangkul pingat Perak untuk kategori Inovasi Guru. Tahniah.



Rabu, 3 Julai 2019

PENYAMPAIAN HADIAH NILAM 2019

SERI ABIM Sungai Ramal telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Nilam pada 1hb Julai 2019 (Isnin) yang lalu. Program ini telah diadakan pada pukul 8.30 pagi di Dataran Al-Hikmah semasa Perhimpunan Isnin.  Program ini telah dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Ustaz Alias Ya'acob. 
Berikut adalah senarai pemenang-pemenang.

Hadiah NILAM 2 Bintang.

1. Nur Eiman Qaysara Bt. Mohammad Hafiz (4 Uthman)
2. Farah Nabila Bt. Rafizi (6 Omar)

Hadiah NILAM 1 Bintang.
1. Arifah Auni Bt. Azlan (2 Hamzah)
2. Adam Darwisy B. Mohd Adzmin (3 Ali)
3. Nur Alya Qistina Bt. Azhar (4 Uthman)
4. Fatin Nadia Bt. Rafizi (4 Abu Bakar)

Selain itu pengampaian hadiah saguhati kepada murid-murid yang telah melengkapkan Buku Rekod NILAM sebanyak 2 buah dan hadiah 
Penggayaan NILAM serta Sudut Bacaan Kelas.

Berikut keputusan Sudut Bacaan Kelas.

Pertama: Kelas 1 Abu Bakar
Kedua: Kelas 2 Ali
Ketiga: 4 Ali

Tahniah kepada pemenang-pemenang.
Semoga murid-murid SERI yang lain bermotivasi untuk membaca buku setelah melihat kejayaan rakan-rakan yang telah menerima hadiah.




Isnin, 29 April 2019

Pemenang Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas (Januari - April) 2019



Senarai pemenang Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas (Januari - April) 2019
SERI ABIM Sungai Ramal

🌏 Tahun 1

🏷Tempat pertama: 1 Abu Bakar
🏷Tempat kedua: 1 Ali
🏷 Tempat ketiga : 1 Hamzah

🔮 Tahun 2

🏷Tempat Pertama : 2 Abu Bakar
🏷Tempat kedua : 2 Zaid
🏷Tempat ketiga : 2 omar

🔮 Tahun 3

🏷Tempat Pertama : 3 Hamzah
🏷Tempat kedua : 3 Ali
🏷Tempat ketiga : 3 uthman

🔮 Tahun 4

🏷Tempat Pertama : 4 omar
🏷Tempat kedua : 4 Ali
🏷Tempat ketiga : 4 hamzah

🔮 Tahun 5

🏷Tempat Pertama : 5 Abu Bakar
🏷Tempat kedua : 5 Omar
🏷Tempat ketiga : 5 Uthman

🔮 Tahun 6

🏷Tempat Pertama : 6 Hamzah
🏷Tempat kedua : 6 omar
🏷Tempat ketiga : 6 Ali


Lagi gambar menarik

Belajar Gogok gigi di Menara Gading.



Murid-murid 1 Uthman seramai 32 orang telah mengikuti program ""GIGI BERSIH HIDUP CERIA"" pada 23 April 2019 (Selasa) yang lalu yang diadakan sempena  Islamic Festival (ISFEST)  2019 yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Program ini diadakan bermula pukul 8.00 pagi hingga 10.30 pagi dan dianjurkan oleh Daie Production dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam UKM. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah mewarna  dan praktikal cara memberus gigi.

Semoga murid-murid 1 Uthman dapat menjaga gigi masing-masing dengan sempurna.








Selasa, 23 April 2019

Pencapaian SERI di KAMIL Daerah Hulu Langat 2019

Berikut pencapaian peserta SERI ABIM yang telah menyertai Kemahiran Amal Islami(KAMIL) daerah Hulu Langat yang telah diadakan pada 20hb April 2019 (Sabtu) yang lalu.


Tahap 1
1) Akif Nidal (Bercerita AQ Lelaki) Ketiga

2) Nur Illiya bt Mohd. Hanapiah (Bercerita AQ Perempuan) Kedua


Tahap 2
1) Fatnin (Khat Perempuan) Kedua.

Tahniah!!
 





Isnin, 22 April 2019

Pelajar SERI TOP 10 Catur MSSD Hulu Langat 2019



Buat pertama kalinya SERI ABIM Sungai Ramal telah menghantar peserta Catur di MSSD Hulu Langat pada tahun ini. Sekolah telah menghantar 2 orang peserta ( seorang lelaki dan seorang perempuan) ke Kejohanan Catur MSSD Hulu Langat pada 18hb April 2019 (Khamis) yang diadakan di Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah.

Berikut merupakan pencapaian peserta SERI

1) Tun Muhd Syukri Bin Tun Abdul Karim (6 Hamzah)mendapat nombor 8 daripada 173 orang peserta.
2) Nur Ain Qaisarah Binti Muhammad Fahmi (6 Hamzah) mendapat nombor 51 daripada 161 orang peserta.

Tun Muhd Syukri terpilih mengikuti kem MSSD pada bulan Julai untuk pemilihan wakil Daerah Hulu Langat ke Peringkat Negeri Selangor.

Kejohanan melibatkan 47 buah sekolah rendah di Daerah Hulu Langat.
Tahniah kepada anak-anak SERI.



Selasa, 16 April 2019

Pelancaran Minggu Bahasa Melayu 2019


Panitia Bahasa Melayu sedang mengadakan Minggu Bahasa Melayu bermula 15hb. April 2019 hingga 19hb. April 2019. Majlis perasmian Minggu Bahasa Melayu telah disempurnakan oleh Guru Besar, En. Mohd Hanapiah B. Ardi semasa perhimpunan Isnin, 15hb April 2019 di Dataran al-Hikmah.

Minggu Bahasa yang mensasarkan kepada semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 bertujuan untuk mencungkil bakat murid, mengasah bakat murid untuk persiapan Ihtifal Kebangsaan 2020 dan mendedahkan murid dengan kosa kata baru.

Acara yang dipertandingkan ialah syarahan (Tahun 3 - 6), deklamasi sajak (Tahun 3 - 6) dan permainan Shibba (Tahun 1 - 6)


BAHASA JIWA BANGSA


Persembahan syarahan sempena pelancaran Minggu Bahasa Melayu