Memaparkan catatan dengan label Ihtifal Kebangsaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ihtifal Kebangsaan. Papar semua catatan

Isnin, 7 Mac 2016

Pertukaran tempat Pertandingan Ihtifal Kebangsaan 2016


Pertandingan Ihtifal Kebangsaan 2016 akan diadakan di lokasi baru iaitu Maktab Rendah Sains MARA Johor Bahru, Masai.

Ahad, 26 April 2015

Video Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015


Video ini telah ditayangkan di Jamuan Kesyukuran Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015 yang dianjurkan oleh BAKA pada 17hb April 2015 yang lalu.


Rabu, 18 Mac 2015

ISK YTP 2015: SERI duduki no.3 keseluruhan

Berikut pencapaian SERI Sg Ramal di Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015 yang telah diadakan pada 13hb hingga 15hb Mac yang lalu.

Emas (4 pingat)
200 meter lelaki
Lontar peluru lelaki
Catur lelaki
Ping pong perseorangan lelaki

Perak (5 pingat)
Sepak takraw
Bola tampar
Memanah lelaki
Memanah perempuan
Ping pong double lelaki

Gangsa (1 pingat)
Badminton double lelaki


Jumaat, 16 Januari 2015

Blog Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015

Maklumat Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015 boleh dilayari di sini. KlikBlog disediakan oleh tuan rumah iaitu SERI / SEMI  ABIM Pulau Pinang.

Selasa, 2 September 2014

Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015: 4 wakil terbaik catur

Setelah pemilihan Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015 dijalankan pada 20hb hingga 22hb Ogos yang lalu, adik Amir Muqri Mohd Saprin, pemenang emas catur Ihtifal Sukan Kebangsaan 2013 bersama 3 orang pelajar akan mewakili sekolah untuk pertandaingan tersebut.


Berikut 4 wakil terbaik yang akan mewakli sekolah untuk pertandingan Catur.

Lelaki.
1.    Amir Muqri B. Mohd Saprin (5 Abu Bakar)
2.    Ariff Ridzuan B. Mohamad Azlan (5 Hamzah)


Perempuan.
1.    Nurul Syasya Bt. Zulkifli (5 Uthman)
2.    Nur Hannah Bt. Hamidon (4 Uthman)


Manakala berikut gambar yang menarik yang sempat dirakamkan oleh pembimbing catur, En. Mohd Syakir Md Yusof.





Pemilihan peserta Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015

Pada 20hb hingga 22hb Ogos 2014 yang lalu SERI ABIM Sungai Ramal telah  mengadakan pemilihan untuk Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015. Acara-acara yang terlibat untuk pemilihan kali ini ialah olahraga, bola jaring, badminton, bola sepak, futsal, sepak takraw, bola tampar, ping pong, catur, lompat jauh dan lontar peluru.

Pemilihan selama 3 hari bermula pukul 8.30 pagi hingga 1.30 petang dan berlangsung di kawasan sekolah. Guru-guru pembimbing dan beberapa orang jurulatih sukarelawan di kalangan ibu bapa SERI ABIM Sg. Ramal telah terlibat di dalam pemilihan kali ini.

Berikut beberapa gambar menarik yang sempat dirakam oleh lensa sekolah.

























Isnin, 14 Julai 2014

Makluman Pemilihan Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015



Pada hari ini, SERI telah menyerahkan surat Makluman Pemilihan Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015 kepada murid-murid Tahun 3, 4 dan 5 untuk diserahkan kepada ibu bapa masing-masing.

Pemilihan untuk menyertai ISK2015 akan diadakan pada 20,21 dan 22 Ogos nanti. Murid-murid Tahun 3, 4 dan 5 boleh menyertai 3 acara untuk sesi pemilihan itu nanti.

Di dalam surat ini juga disenaraikan guru-guru pembimbing untuk ISK 2015. Sekolah amat menghargai sumbangan kewangan atau tenaga kepakaran untuk melahirkan allet-atlet yang akan mewakali sekolah.

Ibu bapa dikehendaki menyerahkan surat jawapan sebelum 18hb Julai 2018.

Khamis, 19 Jun 2014

Ihtifal 2014: Pencapaian SEMI



SERI / SEMI ABIM Sg. Ramal telah menyertai Ihtifal (Akademik) Kebangsaan SERI / SEMI YTP pada 30hb Mei - 2hb Jun 2014 di Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas, Ketereh, Kelantan.

Berikut pencapaian SEMI ABIM Sg Ramal (Kategori Menengah Rendah)

Johan.
1. Tilawah Al-Quran Perempuan
2. Syarahan Bahasa Melayu Perempuan
3. Sajak lelaki
4. Rekacipta.

Naib Johan.
1. Menulis khat lelaki
2. Syarahan Bahasa Inggeris lelaki
3. Sajak perempuan.
4. Azan
5. Nasyid
6. Kuiz.

Ketiga.
1. Syarahan Bahasa Melayu lelaki
2. Syarahan Bahasa Inggeris perempuan
3. Khutbah
4. Bahas
5. Qasidah

Secara keseluruhan SEMI ABIM Sg. Ramal mendapat nombor 3 daripada 7 buah sekolah untuk kategori Menengah Bawah.


Berikut pencapaian SEMI ABIM Sg Ramal (Kategori Menengah Atas)

Johan.
1.Syarahan Bahasa Melayu Perempuan


Naib Johan.
1. Hafazan lelaki
2. Syarahan Bahasa Inggeris perempuan
3. Syarahan Bahasa Arab perempuan
4. Khutbah

Ketiga.
1.Tilawah al-Quran Lelaki
2. Syarahan Bahasa Melayu lelaki
3. Azan

Secara keseluruhan SEMI ABIM Sg. Ramal mendapat nombor 2 daripada 4 buah sekolah untuk kategori Menengah Atas.

Tahniah kepada peserta-peserta, guru-guru pembimbing serta ibu bapa yang terlibat di dalam ihtifal kali ini.

Jumaat, 13 Jun 2014

Koleksi video ihtifal Akademik Kebangsaan YTP 2014


Berikut Koleksi video ihtifal Akademik Kebangsaan YTP 2014.</ br>

Khamis, 5 Jun 2014

Ihtifal 2014: Pencapaian SERI ABIM Sg Ramal.

SERI / SEMI ABIM Sg. Ramal telah menyertai Ihtifal (Akademik) Kebangsaan SERI / SEMI YTP pada 30hb Mei - 2hb Jun 2014 di Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas, Ketereh, Kelantan.

Berikut pencapaian SERI ABIM Sg Ramal.

Johan.
1. Muhammad Iskandar B. Abdul Malik (Hafazan Tahap 2)
2. Ahmad Farouq B. Zaid, Ahmad Arif Amali B. Azmi, Mawaddah Madihah Bt. Ahmad Naidi, Fatin Batrisya Bt. Abu Bakar (Kuiz)

Naib Johan.
1. Choral Speaking
2. Sofea Khairina Bt. Zulhaimi (Sajak Perempuan)
3. Tuan Muaz Uzair B Tuan Mazlan (Hafazan lelaki Tahap 1)
4. Afini Yusra Bt. Ahmad Fazli, Nor Irdhina Bt. Khairodze (Gubahan)

No. 3
1. Aaeisyah Maisarah Bt. Zulhaidi (Mewarna Tahap 1 perempuan)


Keseluruhannya SERI ABIM Sungai Ramal mendapat no.5 daripada 13 buah sekolah.

Wajah-wajah pemenang sedang beraksi:

Kuiz

Kuiz

Hafazan Tahap 1

Sajak

Hafazan Tahap 2

Gubahan

Coral Speaking
.

Khamis, 30 Mei 2013

Analisa Pingat Ihtifal Sukan Kebangsaan 2013

Berikut analisa pingat Ihtifal Sukan Kebangsaan 2013 untuk lima sekolah teratas daripada lapan sekolah yang mengambil bahagian.

SEKOLAH      EMAS PERAK GANGSA
SERI SEREMBAN 9 5 5
SERI ALOR SETAR 5 3 3
SERI SUNGAI RAMAL 3 6 5
SERI AL UMMAH CHEMOR 3 2 5
SERI AL HUDA 3 2 3

Untuk keputusan penuh, sila layari laman berikut. Sila klik

Rabu, 29 Mei 2013

Pencapaian Menengah Rendah SEMI Sg Ramal di ISK 2013


Berikut pencapaian Menengah Rendah SEMI Sg Ramal di Ihtifal Sukan Kebangsaan 2013 yang telah diadakan pada 24hb hingga 27hb Mei yang lalu.

Pingat Emas:
  • Catur (L)
  • 100M (L)
  • 200M (L)
  • 4 x 100M (L)
  • Ping pong single (P)
Pingat Perak:
  • Badminton double (P)
  • Ping pong single (L)
  • Ping pong double (P)
  • Bola Sepak
  • Bola Jaring
Pingat Gangsa:
  • Memanah (L)
  • Memanah (P)
  • Futsal
  • Sepak Takraw
  • Badminton single (L)
  • Ping pong double (L)
  • Renang (L)


Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada para peserta, guru-guru, jurulatih-jurulatih dan ibu bapa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam ISK 2013.

Pencapaian SERI Sg Ramal di ISK2013


Berikut pencapaian SERI Sg Ramal di Ihtifal Sukan Kebangsaan 2013 yang telah diadakan pada 24hb hingga 27hb Mei yang lalu.

Pingat Emas:

  • Ping pong single (P)
  • 100M (L)
  • Catur (L)

Pingat Perak:
  • Ping pong double (P)
  • Badminton single (P)
  • 100M (P)
  • 4 x 100M (L)
  • Catur (L)
  • Memanah (P)

Pingat Gangsa
  • Lontar peluru (P)
  • Sepak Takraw
  • Bola Tampar (L)
  • Memanah (L)
  • Lompat jauh (L)



Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada para peserta, guru-guru, jurulatih-jurulatih dan ibu bapa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam ISK 2013.

Rabu, 22 Mei 2013

Ihtifal Sukan Kebangsaan 2013: Doakan kejayaan kami.


SERI dan SEMI ABIM Sungai Ramal akan menyertai Ihtifal Sukan Kebangsaan 2013 yang akan diadakan di Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Sungai Gadut, Negeri Sembilan pada 24 MEI (JUMAAT) hingga 27 MEI 2013 (ISNIN) dan tuan rumah ihtifal sukan kali ini ialah SRI Seremban.

SEMI dan SERI akan mengambil bahagian di dalam semua acara kecuali SERI tidak mengambil acara renang. Berikut acara-acara yang akan dipertandingkan.

  • Bola sepak
  • Futsal
  • Bola Jaring
  • Bola tampar
  • Sepak Takraw
  • Badminton
  • Ping Pong
  • Memanah
  • Renang
  • Catur
  • 100 m
  • 200 m
  • 4 x 100 m
  • Lontar peluru
  • Lompat jauh.
Acara-acara sukan akan diadakan 3 tempat iaitu SDAR, Sekolah Menengah Seremban Jaya 2 dan USIM.

Seramai 114 orang peserta SERI dan SEMI dan 21 orang guru pengiring akan berkampung di SDAR selama 4 hari 3 malam. 

Berikut jadual perjalanan peserta-peserta SERI SEMI ABIM Sungai Ramal.


Marilah kita berdoa semoga sekolah kita mendapat  kejayaan yang cemerlang di kejohanan sukan tersebut.

Isnin, 1 April 2013

Latihan Ihtifal Sukan Kebangsaan bermula

SERI dan SEMI ABIM telah memulakan latihan Ihtifal Sukan Kebangsaan pada hari ini. Beberapa acara giat melakukan pemilihan dan latihan untuk  Ihtifal Sukan Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Mei nanti seperti ping pong, bola sepak, olahraga, bola jaring, sepak takraw, badminton, catur dan memanah.

Berikut beberapa gambar pemilihan dan latihan Ihtifal Sukan Kebangsaan.