Rabu, 22 Mei 2013

Ihtifal Sukan Kebangsaan 2013: Doakan kejayaan kami.


SERI dan SEMI ABIM Sungai Ramal akan menyertai Ihtifal Sukan Kebangsaan 2013 yang akan diadakan di Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Sungai Gadut, Negeri Sembilan pada 24 MEI (JUMAAT) hingga 27 MEI 2013 (ISNIN) dan tuan rumah ihtifal sukan kali ini ialah SRI Seremban.

SEMI dan SERI akan mengambil bahagian di dalam semua acara kecuali SERI tidak mengambil acara renang. Berikut acara-acara yang akan dipertandingkan.

  • Bola sepak
  • Futsal
  • Bola Jaring
  • Bola tampar
  • Sepak Takraw
  • Badminton
  • Ping Pong
  • Memanah
  • Renang
  • Catur
  • 100 m
  • 200 m
  • 4 x 100 m
  • Lontar peluru
  • Lompat jauh.
Acara-acara sukan akan diadakan 3 tempat iaitu SDAR, Sekolah Menengah Seremban Jaya 2 dan USIM.

Seramai 114 orang peserta SERI dan SEMI dan 21 orang guru pengiring akan berkampung di SDAR selama 4 hari 3 malam. 

Berikut jadual perjalanan peserta-peserta SERI SEMI ABIM Sungai Ramal.


Marilah kita berdoa semoga sekolah kita mendapat  kejayaan yang cemerlang di kejohanan sukan tersebut.

0 comments:

Catat Ulasan