Khamis, 21 Februari 2019

Pengalaman melakukan eksperimen di Kem Sains Tahun 6

Panitia Sains SERI ABIM Sg Ramal telah mengadakan Kem Sains Tahun 6 2019 pada 16hb Februari 2019 (Sabtu)di Kelas Tahun 6 & Makmal Sains mulai jam 8 pagi hingga 1 tengah hari yang lalu. Seramai 119 orang murid Tahun 6 telah menyertai kem yang bertujuan untuk membantu murid meningkatkan pengetahun sains dalam menjawab soalan peperiksaan UPSR 2019.
Selain itu murid dapat menguasai semua kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif yang dipelajari dalam Kemahiran Saintifik.


Antara aktivitinya ialah murid-murid menjalankan eksperimen-eksperimen Tahun 5 dalam kumpulan. Eksperimen tersebut merupakan eksperimen di dalam tajuk Cahaya, Haba, Elektrik, Jirim dan Asid dan Alkali. Setiap murid mencatatkan keputusan eksperimen dan melengkapkan laporan eksperimen dalam buku laporan yang diberikan.

Berikut gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera telefon guru-guru sains.





































0 comments:

Catat Ulasan