Isnin, 28 Januari 2019

Ibu bapa, guru dan murid-murid bekerjasama menceriakan kelas, kawasan sekolah

Pada 26hb Januari 2019, Sabtu yang lalu, sekolah telah mengadakan Gotong-Royong Perdana Bersama BAKA 2019.

Sebelum gotong-royong, ibu bapa, guru-guru dan murid-murid bersarapan pagi di Kantin Sekolah.
Selepas itu, taklimat gotong-royong telah disampaikan oleh Pengerusi BAKA, En. Azmi Abdullah dan GPK Ko-kurikulum, Ustaz Alias.

Selain membersihkan dan menceriakan kelas anak-anak, ibu bapa, guru-guru dan murid-murid telah membersihkan kawasan sekolah seperti tempat wuduk lelaki dan perempuan, laluan solat jumaat dan lapangan memanah.


Aktiviti gotong-royong berahir pada pukul 1.30 tengahari. Berikut antara gambar gotong-royong yang sempat dirakamkan.
 







































0 comments:

Catat Ulasan