Selasa, 5 Mei 2015

Program Tautan Kasih KGS eratkan ukhwah

Kelab Guru dan Staf (KGS) SERI / SEMI ABIM Sungai Ramal telah mengadakan Program Tautan Kasih pada 30hb April 2015  yang lalu. Aktiviti yang dijalankan untuk program ini adalah gotong-royong menyediakan juadah makan malam, solat maghrib serta isyak, cabutan bertuah dan ucapan KPP YTP.

Gotong-royong menyediakan juadah bermula pukul 2.30 petang di kawasan lapang Tahun 1 yang melibatkan staf-staf dan guru-guru yang tidak mempunyai sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa tersebut. Gotong-royong menyediakan juadah makan malam berlangsung sehingga 6.00 petang.

Pada pukul 6.30 petang, guru-guru dan staf-staf berkumpul di kelas Tahun 1 untuk menikmati makan malam yang telah disediakan. Untuk guru-guru dan staf-staf yang berpuasa, mereka berbuka puasa selepas azan maghrib. Mereka makan bersama-sama menggunakan talam yang disediakan.

Selepas itu, mereka mengerjakan solat maghrib berjamaah dan diikuti dengan ucapan daripada Ketua Pengarah Pendidikan YTP. Kemudian acara cabutan bertuah telah diadakan untuk memeriahkan lagi Program Tautan Kasih KGS.

Sepanjang program, ukhuwah di kalangan guru-guru dan staf-staf memang bertaut dan bertambah erat. Syabas kepada kepimpinan baru KGS dan guru-guru serta staf-staf yang telah menjayakan program ini.

Berikut gambar-gambar menarik yang sempat dirakaM oleh lensa kamera sekolah.




















0 comments:

Catat Ulasan