Rabu, 29 April 2015

Penilaian SKIPS 2015

28hb April. SUNGAI RAMAL. Seramai 4 orang pegawai Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melawat sekolah untuk membuat penilaian Standard Kualiti Institut Pendidikan Swasta (SKIPS).

Penilaian yang diketuai oleh En. Mohd Ashaari (JPN Selangor) bersama 3 orang pegawai iaitu En. Shahfadir B. Drahman (JPN Johor), En.Ismail (PPD Muar) dan En. Mohd Rizal Salimin (PPD Sabak Bernam).

Sekolah telah dinilai dari 15 aspek iaitu pendaftaran institusi, pengurusan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, pengurusan penilaian / peperiksaan, pengurusan dan pembangunan guru, pengurusan kesihatan murid, disiplin, piawaian, kecemerlangan akademik, pencapaian ko-kurikulum, kemenjadian murid, perwatakan sekolah, ko-kurikulum, kebersihan dan keceriaan.


Pegawai-pegawai telah menilai fail-fail yang telah disediakan oleh setiap bahagian pengurusan, gpk dan panatia di Kamar Solusi dan melawat kelas-kelas untuk penilaian pengajaran dan pembelajaran.


Penilaian SKIPS berakhir pada pukul 1.33 petang.

Berikut gambar-gambar yang telah dirakamkan oleh lensa sekolah.










0 comments:

Catat Ulasan