Ahad, 1 November 2015
Rabu, 21 Oktober 2015
Penutupan sekolah 22hb Oktober 2015 (Khamis) akibat jerebu.
Assalamualaikum wbt.
Pihak pengurusan sekolah bersetuju mengikut arahan Kementerian bagi penutupan sekolah termasuk pejabat sekolah pada hari esok, Khamis 22/10/2015.
Bengkel Pemantapan BI Tahun 5
Selasa, 20 Oktober 2015
Perubahan peperiksaan Akhir Tahun (Tahun 1 - 6)
Berikut ialah pengumuman rasmi tentang peperiksaan akhir tahun untuk Tahun 1 hingga 6 daripada pihak sekolah:
Memandangkan keadaan jerebu yang tidak menentu, peperiksaan dalaman untuk Tahun 1-6 ditunda ke Isnin minggu hadapan iaitu pada 26/10/2015.
Ini bermakna, jadual peperiksaan ialah sama, cuma tarikh mula ialah pada hari Isnin hadapan (26/10/2015).
Harap maklum.
Isnin, 19 Oktober 2015
Penutupan sekolah 20hb Oktober 2015
Assalamu'alaikum wbt.
SERI / SEMI ABIM Sg Ramal akan mengikut arahan Kementerian. Oleh itu, sekolah termasuk pejabat akan ditutup esok (selasa, 20 Okt 2015). Guru-guru dan staf-staf juga tidak perlu hadir ke sekolah.
Makluman mengenai peperiksaan akhir tahun.
Jadual hari isnin 19/10/2015 untuk tahun 1,2,3 dan 5 akan dibawa ke isnin minggu hadapan iaitu pada 26/10/2015.
Manakala bagi tahun 4 pula, jadual hari isnin,
19/10/2015 akan dibawa ke hari rabu minggu hadapan iaitu pada 28/10/2015.
Jadual hari selasa 20/10/2015 untuk tahun 1,2,3 dan 5 akan dibawa ke selasa minggu hadapan iaitu pada 27/10/2015.
Manakala bagi tahun 4 pula, jadual hari selasa, 20/10/2015 akan dibawa ke hari khamis minggu hadapan iaitu pada 29/10/2015.
Jadual peperiksaan bagi tahun 6 pula;
👉🏻 Rabu: (21/10/2015): Hadith, KH, Al-Quran
👉🏻 Jumaat: (23/10/2015): Tafsir
Ahad, 18 Oktober 2015
Usrah Gabungan Bersama Presiden ABIM
Kemudian Presiden Abim, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim menyampai ceramah. Selepas itu Naib Presiden Abim, Saudara Khairudin Abas telah menyampaikan ucapan ringkas.
Berikut gambar-gambar menarik yang sempat dirakamkan oleh lensa sekolah.
| Presiden Abim, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim menyampaikan ceramah. |
| Tn. Haji Baharuddin Ibrahim.menyampaikan ucapan alu-aluan. |
| Guru-guru SERI / SEMI mendengar amanat Presiden ABIM |
| Guru-guru SERI / SEMI mendengar amanat Presiden ABIM |
Jumaat, 9 Oktober 2015
Khamis, 8 Oktober 2015
Ahad, 27 September 2015
Perubahan jadual PSRA (Jais)
KENYATAAN MEDIA
Selaras dengan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia dan keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor terhadap keselamatan dan kesihatan pelajar, pendidik dan pengurus sekolah, semua sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor akan ditutup pada hari Isnin, 28 September 2015.
Oleh kerana cuaca semasa adalah tidak kondusif untuk pelajar menduduki peperiksaan, Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dijadualkan pada 28 September 2015 juga ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Justeru, semua calon PSRA akan memulakan peperiksaan pada hari Selasa, 29 September 2015 dengan kertas Bahasa Arab (Kod BA02) pada jam 2.40 petang.
Semua sekolah yang terlibat hendaklah memastikan maklumat mengenai penangguhan ini sampai kepada semua calon dan pihak-pihak yang terlibat dalam kadar segera.
Terima kasih.
Tuan Hj. Ahmad Zaki Bin Hj. Arsad
Timbalan Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor
Maklumat dari unit peperiksaan.
Perubahan Jadual PSRA 2015
29.9.15(SELASA) BAHAS A ARAB
30.9.25(RABU)
JAWI,IMLAK&KHAT
1.10.15(KHAMIS)
TAUHID&FEKAH
2.10.15(JUMAAT)
TAJWID
9.10.15(JUMAAT)
AKHLAK&SIRAH
Penangguhan SPRA akibat jerebu.
Kenyataan rasmi daripada YTP:
Assalamualaikum wbt... setelah perbincangan bersama KPP YTP tentang kegawatan cuaca jerebu...maka diputuskan pada hari esok Isnin 28 Sept 2015, sekolah di negeri Selangor, Wilayah, Negeri Sembilan dan Sarawak ditutup. Bagaimanapun guru-guru dan staf datang bertugas seperti biasa.
Sekolah akan dibuka semula pada 29 Sept. sekiranya cuaca dan bacaan jerebu tidak di tahap bahaya. Maka peperiksaan SPRA Tahun 5 akan bermula pada 29 Sept hingga 1 Okt 2015 ( Selasa-Khamis) seluruh Malaysia.
Pelajar-pelajar diminta memakai 'mask' ke sekolah. Sekian. Harap maklum.
Daripada: Nur Jannah Keman, Bhg. Pengurusan Sek dan Akademik, YTP.
Nota admin: pengumuman tentang peperiksaan PSRA (JAIS) tahun 6 akan dimaklumkan kemudian setelah pihak sekolah menerima pekeliling daripada JAIS.













