Selasa, 30 Disember 2014
Sesi persekolahan SERI SEMI bermula 12hb Jan 2015
Berikutan pengumuman Menteri Pendidikan Malaysia pada 29hb Disember 2014 yang lalu mengenai penangguhan tarikh bermula sesi persekolahan 2015 akibat banjir, SERI SEMI ABIM Sungai Ramal akan memulakan sesi persekolahan pada 12hb Januari 2015 (Isnin).
Walau bagaimanapun, Pejabat Sekolah dan Kedai Sekolah akan beroperasi seperti biasa. Hari Suaikenal Tahun 1 yang dijadualkan pada 2hb Jan 2015 akan berlangsung mengikut jadual.
Pejabat Sekolah dan Kedai Sekolah akan ditutup pada 1hb Januari 2015, Khamis (Cuti Tahun Baru 2015) dan 3hb Jan 2015, Sabtu (Cuti Maulidur Rasul).
Sekian, harap maklum.
Jumaat, 26 Disember 2014
Rayuan permohonan ke S.A.M Batu 10 Cheras (SAM10)
Sila dapatkan borang rayuan di Pejabat Agama Bah. Pendidikan JAIS Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.
Tarikh rayuan dibuka pada 30/12/2014 - 16/1/2015.
Sertakan dokumen berikut yang telah disahkan.
- borang rayuan (2 salinan),
- 1 salinan keputusan Upsr, Psra,
- 1 salinan sijil kelahiran,
- 1 salinan kad pengenalan ibu bapa,
- 1 sampul surat putih beralamat sendiri (saiz 4.5' x 9.5') serta setem 80 sen
Selasa, 16 Disember 2014
Retreat Guru dan Staf: Operasi Pejabat Sekolah ditutup
Bermula 17hb hingga 20hb Disember 2014 (Rabu hingga Sabtu), operasi pejabat sekolah (Bahagian Akademik, Kewangan, Yuran) SERI SEMI ABIM Sg Ramal akan ditutup kerana guru-guru dan staf-staf akan mengikuti Retreat 2015 di Bagan Lalang. Segala kesulitan amat dikesali.
Walaubagaimanapun Kedai Kita (Kedai sekolah SERI SEMI) akan dibuka seperti biasa.
Pejabat sekolah akan dibuka semula pada 22hb Disember 2014 (Isnin). Untuk maklumat ibu bapa dan penjaga, bermula 22hb hingga 24hb Disember 2014 (Isnin hingga Rabu) adalah Pendaftaran murid-murid Tahun 2 hingga 6 dan SEMI untuk sesi 2015. Kaunter pendaftaran akan dibuka pada pukul 8.30 pagi hingga pukul 1 petang di kelas-kelas yang akan ditentukan.
Guru mula bertugas untuk persediaaan 2015
Guru-guru SERI, SEMI telah mula bertugas bermula 15hb Disember 2014. Pada sebelah pagi, guru-guru mendengar taklimat daripada Guru Besar. Beliau membentangkan persiapan-persiapan yang akan dilakukan oleh guru-guru sebelum sesi persekolahan 2015 bermula. Selepas itu, Puan Norashikin daripada Bahagian Yuran memberi taklimat mengenai Hari Pendaftaran Tahun 2 hingga 6 dan Semi.
Pada sebelah petang, mesyuarat Hari Suaikenal Tahun 1 dan mesyuarat persediaan modul Minggu Suaikenal 2015.
Sabtu, 29 November 2014
Rabu, 26 November 2014
Tahniah 21 orang 5A, 42 orang 4A 1B
Berikut info grafik analisa Upsr 2014 yang sempat disediakan.
Gambar sekitar penyerahan keputusan UPSR 2014
Penyerahan sumbangan dana bangunan sekolah
Wakil guru Tahun 6, Cikgu Norhayati Omar menyerahkan wang berjumlah RM1106 hasil sumbangan murid-murid Tahun 6 (2014) daripada penjualan buku-buku terpakai kepada Ketua Pengarah YTP, Tn. Hj Abdul Rahman Mohd Yasin.
Penyerahan tersebut telah diadakan pada 21hb November 2014 sempena Hi-Tea Akhir Tahun di kantin sekolah.
Jumaat, 14 November 2014
Keputusan SPRA 2014






























