Isnin, 15 April 2019

Anak-anak TASKI bersukan Meriah




TASKI ABIM Al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam telah mengadakan Sukan Tahunan Taski Al Hikmah pada 14hb April 2019 (Ahad) mulai pukul 8.00 pagi hingga 12 tengah hari di Dataran Al- Hikmah, Seri ABIM Sungai Ramal.

Seramai 67 orang peserta terdiri dari anak-anak 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun telah menyertai temasya sukan ini dan seramai 6 orang guru telah mengendalikan sukan ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Dr Salmijah bt Surif selaku Pengerusi Lembaga Pengolola Sekolah.

Sebanyak 13 buah acara yang dipertandingan termasuk acara individu, berkumpulan di kalangan anak-anak 4 Tahun, 5 Tahun, 6 Tahun serta acara untuk alumni TASKI dan ibu bapa.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Nazzil Saifuddin Abd Rahim sebelum majlis bersurai.

Klik untuk gambar menarik.





0 comments:

Catat Ulasan