Rabu, 26 April 2017

Sekolah terima bantuan sekolah negeri Selangor

25hb April. Seri / Semi ABIM Sungai Ramal telah menerima Skim Bantuan Sekolah 2017 daripada kerajaan negeri Selangor.

Penyerahan bantuan tersebut telah diadakan semasa Program Ramah Mesra bersama penerima bantuan sekolah fasa 1 2017 (Zon Selatan) di Dewan Orang Ramai, Taman Mesra, Kajang.

Sekolah mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Selangor atas bantuan yang diberikan. Bantuan tersebut akan digunakan untuk membaiki prasarana sekolah yang telah uzur.

0 comments:

Catat Ulasan