Khamis, 13 Oktober 2016

MOU Antarabangsa bersama Yayasan Ummusshabri Kendari, Sulawesi Tenggara.

Pada 4hb Oktober 2016 yang lalu,  rombongan Yayasan Ummusshabri Kendari, Sulawesi Tenggara, Indonesia telah mengunjungi SERI / SEMI ABIM Sungai Ramal.

Sesi ta'aruf dan taklimat agensi pendidikan ABIM (KDH, Yayasan Takmir, SERI, SEMI dan TASKI) telah diadakan di Bilik Syura, KDH.

Selepas itu, sesi penandatanganan MOU di antara instutusi pendidikan ABIM dengan agensi Yayasan  Ummusshabri Kendari telah dilakukan. SERI ABIM Sungai Ramal telah diwakili oleh CEO/ Guru Besar, Ustaz Nazzil Saifuddin B. Abd. Rahim manakala SEMI ABIM Sungai Ramal telah diwakili oleh Pn. Rogayah Sebli.

Sebelum ahli rombongan pulang, sesi lawatan ke bangunan SERI / SEMI telah dilakukan.

Semoga MOU ini dapat memudahkan kedua-dua pihak berkongsi maklumat, pengetahuan, pengalaman masing -masing dalam bidang pendidikan Islam di negara masing-masing.














0 comments:

Catat Ulasan