Rabu, 18 Februari 2015

ISK2015: Latihan rintangan di Tasik Cempaka

Pasukan olahraga SERI ABIM Sungai Ramal yang akan menyertai Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015 telah mengadakan latihan rintangan (resistance) di Tasik Cempaka petang semalam.

Seramai 6 peserta lelaki dan 5 peserta perempuan memulakan latihan pada pukul 5.30 petang dengan melakukan larian (jogging) dari sekolah ke Tasik Cempaka.

Setelah tiba di Tasik Cempaka, mereka melakukan latihan larian menarik tayar sejauh 50 meter. Latihan ini dibimbing oleh dua orang guru iaitu Cikgu Wanisa dan Cikgu Fazlin Mazzira. Latihan tamat pada pukul 7.00 petang.

Berikut aksi-aksi yang dirakamkan oleh lensa kamera sekolah.













1 ulasan: