Isnin, 17 Jun 2013

Pengalaman manis, pahit terukir semasa perkhemahan.


Unit Beruniform SERI ABIM Sg. Ramal telah mengadakan perkhemahan tahunan bermula 14hb (Jumaat) hingga 16hb Jun 2013 di perkarangan sekolah.

Pada hari pertama ( Jumaat ), para peserta perkhemahan memasang khemah di dataran perhimpunan dan dataran bas. Selepas persiapan diri, makan malam dan solat maghrib dan isyak, sesi ice breaking telah diadakan. Para peserta perkhemahan tidur awal kerana qiamullail akan diadakan pada esok paginya.

Pada hari kedua, slot perkhemahan diisi dengan slot ikatan tali, ikatan anduh dan rahsia perkhemahan yang dikendalikan oleh ahli pengakap Hulu Langat. Pada sebelah petangnya pula slot pengurusan jenazah telah dikendalikan oleh Ustazah Zabedah dan Ustaz Mohammad Ghani. Para peserta ditunjukkan cara untuk memandikan, mengkapankan dan menyembahyangkan jenazah. Pada malamnya pula aktiviti BBQ dan persembahan para peserta perkhemahan telah diadakan.

Pada hari terakhir, ahlim pengakap Hulu Lanagat telah mengendalikan slot masakan rimba. Para peserta dikehendaki memasak telur dan ubi kentang menggunakan api daripada ranting kayu.

Keseluruhan perkhemahan ini telah dikendalikan oleh guru-guru pembimbing Unit beruniform sekolah dan beberapa orang guru SERI yang dijemput untuk menjayakan perkhemahan kali ini..

Sesi ice-breaking.

Demo mandi jenazah

Demo mengkapankan jenazah

"Jenazah" yang sedia untuk disembahyangkan.

0 comments:

Catat Ulasan