Selasa, 2 Oktober 2012

Surat penamatan tempoh jawatan pengawas sekolah (RALAT)



Pihak Badan Pengawas Sekolah (BPS) telah membuat rombakan sistem pelantikan pengawas sekolah bagi sesi 2013 secara berperingkat iaitu bermula dengan pengawas sekolah tahun 4 dan tahun 5. Rombakan ini bertujuan untuk membuat penilaian semula terhadap keupayaan murid melaksanakan tugasan pengawas serta penambahbaikan mutu kepimpinan mereka. 

Sehubungan itu, pelaksanaan rombakan sistem ini melibatkan penamatan tempoh jawatan pengawas sekolah di kalangan pengawas tahun 4 dan tahun 5. Bagi pengawas yang masih ingin menjawat jawatan pengawas sekolah pada tahun 2013, mereka hendaklah mengisi borang permohonan. Mereka boleh mendapatkan borang tersebut daripada Setiausaha (Ketua Penyelaras BPS), Cikgu Wanisa binti Roslee bermula 17 Oktober 2012.

Pihak BPS telah mengedar surat makluman penamatan tempoh pelantikan pengawas bertarikh 2 Oktober 2012 hari ini. Namun begitu terdapat RALAT pada surat tersebut, iaitu tarikh penguatkuasaan penamatan tempoh tidak dinyatakan. Tarikh penamatan tempoh pelantikan jawatan pengawas sekolah berkuatkuasa pada 17 November 2012.

Pihak BPS sangat menyesali dan memohon maaf di atas segala kesulitan yang terpaksa pihak tuan / puan hadapi. Kerjasama pihak tuan / puan amat kami hargai dan diucapkan JazakAllahu khairan kathira.

0 comments:

Catat Komen