Khamis, 1 Mac 2012

Ihtifal Kebangsaan 2012

Yayasan Takmir telah menganjurkan Ihtifal Kebangsaan (Akademik) SERI/SEMI ABIM Kali ke-12 dengan jayanya pada 10 hingga 12 Mac 2012/17-19 Rabiul Akhir 1433H dengan kerjasama dan sokongan padu pelaksanaan oleh tuan rumah SERI ABIM Al-Huda, Gombak. Syabas diucapkan dan tahniah….!!!! Ihtifal Akademik kali ini telah diadakan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Gombak dan penginapan sebahagiannya di Sek Men. Teknik, Gombak.

Ihtifal diserikan dengan majlis perasmian oleh Naib Presiden WADAH, YBhg. Tn. Hj. Ahmad Azam b. Abd. Rahman melalui ucapannya, beliau berpesan agar bersedia dengan keruntuhan kegemilangan barat dan kebangkitan Islam dimana kita (sekolah) bersedia melatih pelajar-pelajar menjadi pemimpin dan menyediakan empat kualiti generasi muda yang menguasai ilmu Al-Quran, memantapkan kerohanian seperti menepati solat lima waktu, qiamullail dan puasa sunat, menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa dan menguasai ilmu kontemporari. Manakala Tn. Hj. Mahyuddin Ashaari selaku Ketua Pengarah Pendidikan, Yayasan Takmir mengucapkan tahniah kepada tuan rumah dan kerjasama yang diberikan oleh gabungan guru dan ibubapa yang terlibat secara langsung untuk menjayakan Ihtifal kali ini manakala Pengerusi Pelaksana, YBhg. Tn. Syed Ismail Syed Noh Al-Habshi juga mengalu-alukan kehadiran kontigen-kontigen dari seluruh negara dan mengucapkan penghargaan terima kasih diatas kerjasama guru dan ibu bapa untuk menggembling tenaga bagi menjayakan Ihtifal yang dihasratkan agar Ihtifal kali ini dapat dijayakan dengan lebih baik. Lebih dari 1500 orang memenuhi dewan SBPI pada pagi itu yang terdiri daripada kalangan pelajar yang mengambil bahagian (750 orang), guru-guru, ibu bapa dan para jemputan. Majlis peramian ini turut diserikan dengan kehadiran para pentadbir Yayasan Takmir Pendidikan, Ketua Pegawai Eksekutif, Pendaftar, Pengetua dan Guru Besar SERI/SEMI selaku ahli jawatankuasa Induk dan pimpinan ABIM Negeri dan WADAH dan daerah di sekitar Wilayah dan Selangor.

Pertandingan bermula di sebelah petang iaitu acara nasyid sek menengah dan pertandingan nasyid sekoleh rendah pada sebelah malamnya. Pertandingan begitu sengit di antara sekolah-sekolah yang dihakimi oleh Kum. Nasyid Intim. Kump. Nasyid dari SERI Alor Setar telah mendapat tempat pertama bagi kategori sekolah rendah, kedua dari SERI Al-Huda Gombak dan tempat ketiga dari SERI Al-Ummah Manjung. Manakala acara ‘choral speaking’ diadakan pada malam kedua dan diadili oleh juri profesional dan tempat pertama juga direbut oleh SERI Alor Setar, kedua oleh SERI Sg Ramal dan tempat ketiga oleh SERI Seremban.



Manakala acara Debat, Rekacipta, Gubahan dan Seni Kreatif, SEMI Sg Ramal mendapat tempat pertama dan SEMI Ad-Diniah johan debat kategori men. atas. Acara perseorangan seperti Syarahan Bahasa Melayu empat pertama dari SERI Al-Huda (L), SERI Sg Petani (P), Syarahan Bahasa Inggeris dari SERI Sg. Ramal (L), SERI Al-Huda (P) dan Syarahan B. Arab dari SERI Al-Huda (L) dan SERI Seremban (P). Manakala kategori sek. men. SEMI Seremban mendapat tempat pertama untuk acara Syarahan BM (L), BI (L) dan BA (L&P), manakala SEMI Sg. Ramal memenangi syarahan BM & BI (P). Bagi acara tilawah al-Quran pelajar dari SERI Manjung merupakan juara bertahan kategori (L) dan SERI Seremban (P) dan kategori sek. men. dari SEMI Seremban manakala SEMI Sg. Ramal (P). Manakala Hafazan tempat pertama untuk Tahap 1 dari SERI Seremban (L & P), Tahap 2 dari SERI Al-Ummah Chemor (L) dan SERI Alor Setar (P) dan kategori sek men. SEMESTI, Alor Setar johan (L) dan SEMI Seremban (P). Khutbah Jumaat tempat pertama dari SERI Sg. Ramal dan SEMI Seremban, pertandingan azan dimenangi oleh dari SERI Alor Setar dan SEMI Ad-Diniah. Kuiz dimenangi dari SERI Al-Hikmah Kelantan dan SEMI Seremban, pertandingan bercerita dipelopori oleh SERI Al-Huda (L-Tahap 1), SERI Alor Setar (P-Tahap 1), SERI Seremban (L-Tahap 2), SERI Johor (P-Tahap 2). Acara lain yang dipertandingkan ialah Menulis Khat (L & P), Deklamasi Sajak (L & P), Tulisan Jawi (L & P), Mewarna (L & P), dan Melukis & Mewarna (L & P), Imlak ((L & P), Makna Bacaan Dalam Solat (L & P) dan Bacaan Doa/Al-Ma’thurat (L & P). SERI Alor Setar telah mengumpul mata sebanyak 98 mata, manakala SERI Al-Huda mengumpul 86 mata dan SERI Seremban mengumpul 62 mata. Manakala kategori sek men. rendah dan atas, SEMI Seremban menduduki tempat pertama dengan mengumpul 48 mata, SEMI Sg Ramal 42 mata dan SEMI Ad-Diniah mengumpul 21 mata.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Sdr. Amidi b. Dato’ Abd. Manan, Presiden ABIM pada 12 Mac 2012 dan YBhg. Tn. Hj. Ahmad b. Sulaiman wakil WADAH Selangor turut menyampaikan hadiah kepada pemenang. YBhg. Ust. Mohd. Asri b. Zakaria, Guru Besar, SERI Alor Setar merebut kembali piala pusingan daripada SERI Al-Huda dan Ust. Badrul Hisyam, Pengetua SEMI Seremban gembira dapat mengekalkan kejuaraanya bagi kategori sek. menengah. Sebagai tanda penghargaan dan komitmen yang diberikan cenderamata juga diberikan kepada JK Induk dan Ketua JK Pelaksana (ibu bapa) dan penyumbang tertinggi iaitu SERI Al-Huda.

Acara penutup diakhiri dengan Penyerahan Bendera oleh pasukan Pengakap dan dibawa kepada Pn Suraya bt Sarin, selaku Pengerusi Induk Ihtifal (Akademik) Ke-12. Penyerahan Simbol itu diserahkan kepada Presiden ABIM lalu disampaikan kepada YBhg. Tn Hj. Makhetar Ab. Rahman, Guru Besar SERI Al-Hikmah, Kelantan iaitu tuan rumah Ihtifal Kebangsaan (Sukan) Ke-14 pada tahun 2014 nanti.

Semoga Ihtifal Kebangsaan yang dilaksanakan dapat mencapai objektifnya dan dapat memperkukuhkan lagi ikatan silatur rahim dan semangat setiakawan di antara sekolah SERI/SEMI ABIM dan pendokong-pendokong jemaah. Kalah dan menang adalah adat permainan namun sikap tolerensi, bermaaf-maafan dari hati ke hati dan amalan sifat mahmudah adalah dipuji oleh Allah S.W.T.

Disediakan oleh
NURJANNAH BT KEMAN
Setiausaha Induk Ihtifal Kebangsaan

0 comments:

Catat Ulasan