Isnin, 1 Februari 2010

Pentauliahan Pengawas Seri 2010



Isnin. Majlis Pentauliahan Pengawas Seri 2010 telah diadakan pagi tadi. Tauliah telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum, Puan Salmiah Ahmad dan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Puan Nurnisah Ismail.

Selain itu, Ketua dan Penolong ketua Pengawas telah diumumkan oleh pengerusi Majlis, Puan Mariani. Ketua Pengawas yang dilantik ialah Muhamad Badzli Mifzal B. Mohd dan Penolong Ketua Pengawas ialah Khairunnisa' Aimin Bt Saifuddin.

Pada tahun ini seramai 90 orang pengawas telah dilantik. Mereka terdiri daripada pelajar Tahun 3 hingga Tahun 6. Selepas itu, bacaan Ikrar Pengawas yang diketuai oleh Ketua Pengawas telah diadakan.

Lagi gambar menarik.

0 comments:

Catat Ulasan