Jumaat, 4 Januari 2008

Taklimat Ko-Kurikulum

Pada hari ini, satu taklimat ko-kurikulum untuk murid-murid Thn 4, 5, 6 dan SEMI telah diadakan di surau sekolah. Taklimat ini telah disampaikan oleh GPK Ko-Kurikulum, Puan Nurnisah Bt. Ismail.

Beliau telah menerangkan kegiatan ko-kurikulum untuk 2008. Antara pembaharuan yang akan dilaksanakan ialah setiap kegiatan ko-kurikulum murid akan direkodkan di dalam buku rekod ko-kurikulum yang khas.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang taklimat tersebut.

Taklimat pengawas

Pada 4hb Jan 2008, satu taklimat pengawas sesi 2008 diadakan pertama kali di surau sekolah. Taklimat disampaikan oleh GPK Hal Ehwal Murid, Ustazah Azian Bt Seman.

Taklimat diadakan untuk memberi penerangan tentang pembahagian tugas pengawas dan lain-lain lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang taklimat tersebut:


Khamis, 3 Januari 2008

Hari Suaikenal Tahun Satu 2008

Murid-murid Tahun Satu SERI ABIM PUSAT 2008 telah menjalani Hari Suaikenal pada 29hb Disember 2007. Antara aktiviti yang dijalankan ialah penerangan tentang peraturan sekolah, perhimpunan dan lawatan ke surau, kantin dan lain-lain lagi.

Selain itu ibubapa murid-murid Tahun 1 menghadiri taklimat mengenai sekolah.

Berikut adalah gambar-gambar yang menarik sepanjang Hari Suaikenal.


Rabu, 2 Januari 2008

Selamat Kembali ke sekolah

Selamat Kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga SERI/SEMI ABIM Pusat.

Semoga sesi persekolahan 2008 membuka lembaran baru dgn semangat yang berkobar-kobar untuk mencapai visi dan misi sekolah.

Sukses!!!

Jumaat, 7 Disember 2007

Pendaftaran & BayaranYuran 2008

Pendaftaran & bayaran yuran untuk sesi 2008 bermula pada 6hb Disember 2007 (Khamis ) sehingga 8hb Disember 2007 (Sabtu).

Pendaftaran untuk murid-murid tahun 2, 3 dan 4 dijalankan di kelas 5 Omar.

Manakala pendaftaran untuk murid-murid tahun 5, 6 dan tingkatan 2, 3 dijalankan di kelas 2 Ali.

Kelas 5 Omar dan 2 Ali terletak di tingkat 1, bangunan SERI.

Rabu, 5 Disember 2007

Jom Join e-Group BAKA

E-group ini bertujuan untuk menjadi alat perhubungan antara ahli-ahli. Ibubapa dan guru di sekolah adalah secara automatik menjadi ahli BAKA SERI/ SEMI.

Namun, untuk menjadi ahli e-group ini, sila nyatakan nama dan kelas anak yang belajar di SERI atau SEMI ABIM.

Cara menyertai e-group ini
  1. Untuk menyertai e-group ini anda perlu mempunyai account e-mail Yahoo!. Untuk sign-up email Yahoo, sila klik di sini.
  2. Setelah sign-up Yahoo! anda perlu mendaftar e-group BAKA dengan klik di sini
  3. Sila klik 'Join this Group' dan sign-in menggunakan username email yahoo anda.
  4. Sila isi maklumat yang diperlukan dan klik 'Join'
  5. Permohonan anda akan diluluskan oleh pemilik e-group ini dalam masa yang terdekat.
Apa tunggu lagi, sertailah e-group ini segera!

Selasa, 4 Disember 2007

Kelas dan bangunan baru dlm pembinaan

SERI / SEMI ABIM sedang mengalami pembangunan fizikal yang pesat sebelum sesi persekolahan 2008 bermula. Dua buah kelas dan sebuah bangunan baru sedang dalam pembinaan.

Selain itu, bilik guru sedang mengalami pengubahsuaian di mana lantai dipasang jubin dan dinding dicat baru.

Gambar-gambar kerja-kerja pembinaan yang rancak berjalan.

Gambar 1: Bangunan baru


Gambar 2: Kelas


Gambar 3: Bilik guru

Khamis, 29 November 2007

Jualan Buku

SERI / SEMI ABIM Pusat mengadakan jualan buku bermula 3hb Disember 2007. Sehubungan dengan itu semua ibu bapa dan penjaga boleh hadir mulai tarikh tersebut untuk membuat pembelian buku - buku sekolah bagi sesi 2008.

Jualan buku diadakan di surau sekolah. Selain itu ibu bapa / penjaga juga boleh membeli pakaian sekolah di Bilik Rehat Guru (Kantin, Bangunan SEMI). Pastikan tuan puan melakukan persediaan awal.

Back to main

VCD Majlis Ihtifal 2007



Unit I.T SERI / SEMI ABIM Sg. Ramal Dalam, Kajang telah menerbitkan VCD Majlis Ihtifal SERI/ SEMI ABIM Pusat Kali ke 19 yang diadakan pada 17hb. Nov. 2007. VCD yang berharga RM3 boleh dibeli di sekolah. Dapatkan segera VCD ini sebagai kenang-kenangan anda pada 2007.

Ahad, 15 April 2007

Piagam Pelanggan Sekolah

Berikut Piagam Pelanggan Sekolah.