Khamis, 30 November 2017

Pengajian Tahfiz di PQ Ummah ( Sungai Ramal Dalam)



Pusat Pengajian Qur'an Al-Ummah (PQ Ummah) dengan kerjasama SERI / SEMI ABIM Sungai Ramal menawarkan program Tahfiz kepada murid-murid SERI dan pelajar-pelajar SEMI pada sesi 2018.

APA YANG BEST DENGAN TAHFIZ DI PQ UMMAH?
 pusat pengajian yang berhampiran dengan sekolah ( Lot 42182-4,Jalan Kenanga, Kampung Sungai Ramal Dalam)

 boleh sertai sepenuh masa atau secara sambilan

PQ Ummah mempelawa murid-murid dan pelajar-pelajar untuk mengikuti program Tahfiz seperti berikut

A) Tahfiz Sepenuh Masa SEMI ABIM.
Untuk pelajar lepasan UPSR SERI ABIM 2017 mengikuti program sepenuh masa selama 12 bulan. Program menekankan pengajian al-Qur'an sahaja akan ditempatkan di asrama PQ Ummah. Selepas selesai, graduan PQ Ummah akan menyambung pengajian akademik di Tingkatan 2 SEMI ABIM Sg. Ramal di samping tahfiz separuh masa (Program B)

Yuran Program A&B: RM 550 /bulan.

Kemudahan yang disediakan:
1) Makan & minum
2) Penginapan

B) Tahfiz Separuh masa / sambilan.
Kelas Tahfiz di waktu pagi atau petang di luar sesi persekolahan harian di SERI / SEMI ABIM Sungai Ramal. Pelajar menghafal atau tasmik secara sambilan pada waktu pagi atau petang.

Yuran: RM 150 / bulan.

Kemudahan yang disediakan:
1) Pengangkutan pergi balik ke Sekolah ABIM.

Syarat Am Kemasukan:
1) Persetujuan ibu bapa & minat murid
2) Lulus peperiksaan UPSR 2017
3) Sihat tubuh badan, tidak pekak / bisu / cacat fizikal
4) Boleh membaca al-Quran

Cara memohon:
1) Mengisi borang pendaftaran pelajar dengan lengkap
2) Tarikh tutup 15hb Disember 2017
3) Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke PQ Ummah bersama lampiran.

Untuk pertanyaan /maklumat lanjut, sila hubungi:
Dr. Abd. Rahman Kurais (Mudir) 019-635 4665
Hajah Nafisah bt. Mohd 013-290 4701

Pusat Pengajian Qur'an Al-Ummah (PQ Ummah)
Lot 42182-4,Jalan Kenanga, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang

pqummah@gmail.com
010-225 4459

0 comments:

Catat Ulasan