Rabu, 31 Disember 2014

Tentatif Program Suai Kenal Tahun 1 2015

Pada 2hb Januari 2015 (Jumaat), SERI ABIM Sungai Ramal akan mengadakan Program Suai Kenal Tahun 1 2015 bermula pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Berikut tentatif program tersebut. Ibu bapa / penjaga murid-murid Tahun 1 diminta menghadiri taklimat mengenai sekolah yang akan diadakan pada pukul 8.30 pagi di surau sekolah. Manaka berikut adalah nama guru kelas Tahun 1 sesi 2015. ...

Selasa, 30 Disember 2014

Wajah blog sekolah 2015

Sempena tahun 2015, admin blog sekolah telah menukar paparan blog dengan wajah baharu yang lebih ringkas dan menarik.Semoga para pemgunjung blog lebih kerap melayari blog ini untuk mendapatkan info tentang sekolah. Wajah 201...

Sesi persekolahan SERI SEMI bermula 12hb Jan 2015

Berikutan pengumuman Menteri Pendidikan Malaysia pada 29hb Disember 2014 yang lalu  mengenai penangguhan tarikh bermula sesi persekolahan 2015 akibat banjir, SERI SEMI ABIM Sungai Ramal akan memulakan sesi persekolahan pada 12hb Januari 2015 (Isnin). Walau bagaimanapun, Pejabat Sekolah dan Kedai Sekolah akan  beroperasi seperti biasa. Hari Suaikenal Tahun 1 yang dijadualkan pada  2hb Jan 2015 akan berlangsung mengikut jadual. Pejabat...

Jumaat, 26 Disember 2014

Rayuan permohonan ke S.A.M Batu 10 Cheras (SAM10)

Sila dapatkan borang rayuan di  Pejabat Agama Bah. Pendidikan JAIS Hulu Langat, Bandar Baru Bangi. Tarikh rayuan dibuka pada 30/12/2014 - 16/1/2015. Sertakan dokumen berikut yang telah disahkan. - borang rayuan (2 salinan), - 1 salinan keputusan Upsr, Psra, - 1 salinan sijil kelahiran, - 1 salinan kad pengenalan ibu bapa, - 1 sampul surat putih beralamat sendiri (saiz 4.5' x 9.5') serta setem 80 sen ...

Selasa, 16 Disember 2014

Retreat Guru dan Staf: Operasi Pejabat Sekolah ditutup

Bermula 17hb hingga 20hb Disember 2014 (Rabu hingga Sabtu), operasi pejabat sekolah (Bahagian Akademik, Kewangan, Yuran) SERI SEMI ABIM Sg Ramal akan ditutup kerana guru-guru dan staf-staf akan mengikuti Retreat 2015 di Bagan Lalang. Segala kesulitan amat dikesali. Walaubagaimanapun Kedai Kita (Kedai sekolah SERI SEMI) akan dibuka seperti biasa. Pejabat sekolah akan dibuka semula pada 22hb Disember 2014 (Isnin). Untuk maklumat ibu bapa dan penjaga,...

Guru mula bertugas untuk persediaaan 2015

Guru-guru SERI, SEMI telah mula bertugas bermula 15hb Disember 2014. Pada sebelah pagi, guru-guru mendengar taklimat daripada Guru Besar. Beliau membentangkan persiapan-persiapan yang akan dilakukan oleh guru-guru sebelum sesi persekolahan 2015 bermula. Selepas itu, Puan Norashikin daripada Bahagian Yuran memberi taklimat mengenai  Hari Pendaftaran Tahun 2 hingga 6 dan Semi. Pada sebelah petang, mesyuarat Hari Suaikenal Tahun 1 dan mesyuarat persediaan modul Minggu Suaikenal 201...

Sabtu, 29 November 2014

Borang tempahan buku 2015

Klik link untuk Borang tempahan buku 2015. ...

Rabu, 26 November 2014

Tahniah 21 orang 5A, 42 orang 4A 1B

Ucapan tahniah kepada murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR yang telah diserahkan pada tengahari tadi. Berikut info grafik analisa Upsr 2014 yang sempat disediakan. ...

Gambar sekitar penyerahan keputusan UPSR 2014

Berikut gambar-gambar sekitar penyerahan keputusan UPSR 2014 yang sempat dirakam oleh lensa kamera sekolah tengahari tadi. Sebahagian murid-murid yang menerima keputusan cemerlang 5A Sebahagian murid-murid yang menerima 4A 1...

Penyerahan sumbangan dana bangunan sekolah

 Penyelaras PSS, Cikgu Ramlah Husain menyerahkan sumbangan berjumlah RM1755 hasil Karnival PSS 2014 kepada Ketua Pengarah YTP, Tn. Hj Abdul Rahman Mohd Yasin Wakil guru Tahun 6, Cikgu Norhayati Omar menyerahkan wang berjumlah RM1106 hasil sumbangan murid-murid Tahun 6 (2014) daripada penjualan buku-buku terpakai kepada Ketua Pengarah YTP, Tn. Hj Abdul Rahman Mohd Yasin. Penyerahan tersebut telah diadakan pada  21hb...

Jumaat, 14 November 2014

Keputusan SPRA 2014

Berikut analisa keputusan SPRA 2014 yang diumumkan pada Khamis yang lalu. SERI ABIM Sg Ramal mendapat 98.6 % lulus keseluruhan. Manakala adik MUHAMMAD THAQIF NIDZAMUDDIN B. RUSLAN adalah pelajar terbaik keseluruhan SPRA 2014 SERI ABIM Sg Ramal. Tahniah...

Khamis, 16 Oktober 2014

Jadual peperiksaan Akhir Tahun 2014

Berikut jadual  peperiksaan Akhir Tahun 2014. Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2014 (Tahun 1)) by Syakir Yusof Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2014 (Tahun 2) by Syakir Yusof Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2014 (Tahun 3) by Syakir Yusof Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2014 (Tahun 4) by Syakir Yusof Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2014 (Tahun 5) by Syakir Yusof Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2014 (Tahun 6) by Syakir Y...

Isnin, 29 September 2014

Hujan rahmat mengiringi proses menanam cerucuk sulung Bangunan Tambahan SERI (Video)

Pada petang ini, proses menanam cerucuk telah bermula di tapak bangunan tambahan SERI ABIM Sg. Ramal. Kerja-kerja pembinaan bangunan telah dilakukan oleh jentera "Hydraulic Static Pile Driver". Semasa cerucuk pertama ditanam, hujan rahmat telah membasahi bumi SERI ABIM Sungai Ramal. Semoga pembinaan bangunan tambahan SERI berjalan dengan lancar dan dirahmati oleh Allah s.w.t. Berikut detik-detik proses menanam cerucuk sulung Bangunan Tambahan...

Sabtu, 13 September 2014

Jadual PSRA (JAIS) 2014

Mulai 22hb hingga 26hb September 2014, murid-murid Tahun 6 SERI ABIM Sg. Ramal akan menduduki peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA). Sehubungan dengan itu murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 5 dibenarkan pulang awal pada pukul 12.30 tengahari. Oleh itu ibu bapa dinasihatkan untuk mengambil anak masing-masing selepas pukul 12.30 tengahari kerana lalulintas dijangka sesak dengan bas-bas sekolah yang menghantar murid-murid Tahfiz Ummah yang...

Khamis, 11 September 2014

PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

  KENYATAAN AKHBAR LEMBAGA PEPERIKSAAN   PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014     Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada...

Selasa, 2 September 2014

Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015: 4 wakil terbaik catur

Setelah pemilihan Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015 dijalankan pada 20hb hingga 22hb Ogos yang lalu, adik Amir Muqri Mohd Saprin, pemenang emas catur Ihtifal Sukan Kebangsaan 2013 bersama 3 orang pelajar akan mewakili sekolah untuk pertandaingan tersebut. Berikut 4 wakil terbaik yang akan mewakli sekolah untuk pertandingan Catur. Lelaki. 1.    Amir Muqri B. Mohd Saprin (5 Abu Bakar)2.    Ariff Ridzuan B. Mohamad Azlan...

Pemilihan peserta Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015

Pada 20hb hingga 22hb Ogos 2014 yang lalu SERI ABIM Sungai Ramal telah  mengadakan pemilihan untuk Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015. Acara-acara yang terlibat untuk pemilihan kali ini ialah olahraga, bola jaring, badminton, bola sepak, futsal, sepak takraw, bola tampar, ping pong, catur, lompat jauh dan lontar peluru. Pemilihan selama 3 hari bermula pukul 8.30 pagi hingga 1.30 petang dan berlangsung di kawasan sekolah. Guru-guru pembimbing dan...