Sabtu, 28 Disember 2013

Pelbagai ragam murid-murid mewarnai Hari Suaikenal Tahun 1


Hari Suaikenal Tahun 1 telah diadakan pada 27hb Disember 2013 ( Jumaat) yang lalu.. Ibu bapa dan murid-murid tiba di sekolah seawal pukul 7.15 pagi. Pada tahun 2014, seramai 180 murid tahun 1 akan bersekolah di SERI ABIM Sungai Ramal. Mereka akan ditempatkan di 5 buah kelas (36 orang dalam 1 kelas).

Selepas pendaftaran, ibu bapa membawa anak masing-masing ke kelas. Pelbagai ragam murid-murid dapat disaksikan, ada yang sedih, ada yang gembira.

Program di dalam kelas  bermula dengan sesi ta'aruf guru kelas Tahun 1 dan murid-murid. Murid-murid dikehendaki memperkenalkan nama, tempat tinggal, hobi dan cita-cita masing-masing di hadapan kelas.


Sementara itu, ibu bapa menghadiri taklimat di surau. Taklimat telah disampaikan oleh KPP YTP, Tuan Haji Mahyuddin Shaari dan Guru Besar SERI, Puan Tengku Noor Ketina.


Antara aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan oleh murid-murid Tahun 1 ialah mereka diperkenalkan dengan tempat-tempat di kawasan sekolah (Pusat sumber, Surau, dataran perhimpunan, Bilik Guru, tandas), lagu-lagu sekolah, aktiviti origami 'Rumah' dan aktiviti psikomotor (menulis, mengira, mewarna).



Semoga selepas program ini, murid-murid dapat membiasakan diri dengan persekitaran sekolah dan dapat datang ke sekolah pada 2hb Jan 2014 dengan ceria dan bersemangat.

Program berakhir pada pukul 12,30 tengahari.

0 comments:

Catat Ulasan