Isnin, 11 November 2013

Ihtifal tahunan kali ke 25 menghargai pelajar cemerlang

Sekolah SERI dan SEMI ABIM Sungai Ramal telah mengadakan Ihtifal Tahunan 2013 pada 10hb November 2013 (Ahad) di Dewan Refflesia, Institut KWSP (ESSET), Bangi.  Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr. Ir. Hassan Bin Basri, Pengerusi Lembaga Pengarah, YTP

Selain penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang dalam akademik dan Anugerah Hijrah, Pekerti Terpilih & Hafazan SERI / SEMI, beberapa persembahan telah diadakan seperti persembahan sajak dan drama (Tahap 1), choral speaking (Tahun 6 dan Tingkatan 3), nasyid dan qasidah ( Tahap 2).

Tema ihtifal tahunan kali ke 25 ini ialah Al-Fateh, Inspirasiku. Beberapa video tentang Sultan Muhammad Al-Fateh telah dipertontonkan kepada para hadirin selain video soroton aktiviti sekolah sepanjang 2013.

Sekalung penghargaan kepada guru-guru SERI dan SEMI yang menjayakan majlis ihtifal.



 Guru-guru bahagian pendaftaran sedang menunggu murid-murid yang menerima hadiah untuk di'tag'.

 Pengetua dan Guru Besar sedang asyik menonton persembahan murid-murid.

 Guru-guru bahagian hadiah sempat bergambar sebelum bertungkus-lumus memastikan majlis penyampaian hadiah berjalan lancar.

 Guru-guru bahagian makanan yang menyelaras sarapan murid-murid dan makan tengahari guru.

 Pengerusi Majlis yang tekun membaca nama murid-murid yang menerima hadiah.


 Persembahan nasyid sedang mengaluan nasyid tentang Sultan Muhammad Al-Fateh.

 Pemain alat percussion sedang beraksi.

 Guru-guru dan pelajar-pelajar bahagian pengurusan pentas.

 Guru-guru PK sedang menonton persembahan.

 Adik Afiqah sedang mendeklamasikan sajak tentang Sultan Muhammad Al-Fateh.

 Pelajar SEMI yang menerima hadiah.

 Murid-murid tahap 1 berbaris menunggu giliran menerima hadiah.

 Persembahan drama Tahap 1.

 Adegan pertempuran berkuda di dalam drama Tahap 1.

Persembahan qasidah Tahap 2.

 Murid Tahun 6 yang membuat persembahan.

 Lagi gambar persembahan qasidah.

Guru-guru menjamu nasi ayam selepas selesai majlis.
 

0 comments:

Catat Ulasan