Khamis, 20 Jun 2013

Siren kecemasan gegar warga SERI SEMI ABIM


 Siren kecemasan sekolah telah dibunyikan pada pukul 11.10 pagi ini. Murid-murid  yang agak keliru tentang apa yang sedang berlaku  mula beratur meninggalkan kelas masing-masing apabila diarahkan oleh guru mata pelajaran. Murid-murid di tingkat 1 hingga tingkat 3 menggunakan tangga yang telah ditetapkan apabila berlaku kecemasan.

Murid-murid SERI dan pelajar-pelajar SEMI bergegas ke dataran Bas bersama guru-guru. Guru-guru kelas memeriksa murid-murid untuk memastikan semua murid telah berada di dataran bas.

Selepas itu, Ustaz Nazzil menjelaskan kepada murid-murid dan pelajar-pelajar tentang perkara sebenar yang berlaku. Beliau juga memberi taklimat kepada semua warga SERI dan SEMI tentang cara menyelamatkan diri daripada kecemasan di sekolah.

Walaupun masa yang diambil untuk berkumpul di dataran bas melebihi masa yang ditetapkan,  warga SERI dan SEMI telah didedahkan tentang cara menyelamatkan diri daripada kecemasan.

Berikut sebahagian gambar yang sempat dirakam semasa latihan tersebut.

Ustaz Nazzil sedang memberi taklimat tentang latihan kebakaran.

Murid-murid sabar beratur di Dataran Bas.

Murid-murid perempuan sempat berbual-bual tentang apa yang  sedang mereka lalui pagi itu.


0 comments:

Catat Ulasan