Isnin, 10 September 2012

MOU bersama SMP Muhammadiyah 3 Yogyakarta (PIC + VIDEO)


 SEMI ABIM Sungai Ramal telah menandatangani MOU bersama SMP Muhammadiyah 3 Yogyakarta pada 7hb September 2012 yang lalu di Bilik Syura, KDH.

Pengetua SEMI, Puan Rogayah Sebli bersama Ibu Heriyanti selaku kepala sekolah SMP Muhammadiyah 3 Yogyakarta telah menandatangani MOU tersebut.

Peristiwa bersejarah itu telah disaksikan oleh CEO SERI SEMI ABIM, Ustaz Mohd Naim Mohd Noor, guru-guru SEMI, guru-guru SMP Muhammadiyah 3 Yogyakarta, 35 orang pelajar SMP Muhammadiyah 3 Yogyakarta dan pelajar-pelajar Tingkatan 1.

 Pada majlis yang sama, pelajar SEMI mengadakan persembahan nasyid dan pelajar SMP Muhammadiyah 3 Yogyakarta mengadakan persembahan tradisional Indonesia.

Semoga hubungan silaturrahim ini akan memberi faedah kepada kedua-dua sekolah dan dapat mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia.


0 comments:

Catat Ulasan