Isnin, 13 Ogos 2012

Program Creative Innovation


Pelajar-pelajar Tingkatan 1 telah mengikuti Program Creative Innovation pada 10-11hb Ogos 2012 di Makmal Komputer. 

Program Creative Innovation (i- Creative) ini adalah anjuran mahasiswa mahasiswi Tahun 2 Program Pengajian Multimedia dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Program iCreative dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam ABIM tentang dunia IT khususnya multimedia agar dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan berinovasi.

Pelajar-pelajar SEMI telah didedahkan kepada perisian Adobe Flash dan Adobe Photoshop. Seramai 16 orang mahasiswa dan mahasiswi UKM yang terlibat dalam menganjurkan program ini yang bertindak sebagai fasilitator dan tenaga pengajar.

Sekolah mengucapkan penghargaan kepada penasihat program Creative Innovation (i-Creative), Dr Nur Fazidah binti Elias dan pelajar-pelajar UKM yang terlibat di dalam program ini. Lagi gambar menarik.


Berikut adalah montaj yang disediakan oleh pelajar-pelajar UKM.


0 comments:

Catat Ulasan