Jumaat, 11 Mei 2012

Bengkel SPRA 2012

Murid-murid sedang khusyuk menonton bahan multimedia yang disediakan.

Murid-murid Tahun 5 SERI ABIM Sungai Ramal telah mengikuti Bengkel SPRA 2012 pada 11 Mei 2012 yang lalu. SPRA (Sijil Pelajaran Rendah ABIM) adalah peperiksaan yang dikendalikan oleh Yayasan Takmir Pendidikan untuk murid-murid Tahun 5 yang bersekolah di sekolah-sekolah di bawah naungan YTP.

Bengkel bermula seawal pukul 8.00 pagi dengan pengisian  Bengkel Al-Quran. Kemudian bengkel Bahasa Arab menyusul sehingga pukul 12.30 tengahari.

 Selepas itu bengkel berehat untuk memberi laluan kepada murid-murid dan guru-guru untuk Solat Jumaat dan makan tengahari. Bengkel disambung semula dengan pengisian Bengkel Sirah sehingga pukul 4.30 petang.

Sekali lagi, bengkel ditangguhkan untuk memberi laluan kepada solat Asar, minim petang dan persiapan diri,makan malam dan solat Maghrib.

Selepas murid-murid mengerjakan solat Maghrib dan bacaan Mathurat, mereka mengikuti Bengkel Tafsir. Sebelum mereka bersurai pada pukul 10.00 malam, guru-guru dan murid-murid mengerjakan solat Isyak di surau.

Bengkel SPRA telah disampaikan oleh guru-guru SPRA SERI ABIM Sungai Ramal.

0 comments:

Catat Ulasan