Selasa, 13 Mei 2008

Melahirkan Saintis di Kem Sains & Matematik

Panatia Sains & Matematik Seri Abim Sg. Ramal Dalam telah mengadakan Kem Sains & Matematik Thn 5 pada 10hb Mei 2008.

Kem ini yang diadakan di surau sekolah bermula pukul 8 pagi hingga 4 petang. Penceramah iaitu Dr. Mohammad Alinor B. Abd. Kadir telah menyampaikan ceramah mengenai Motivasi Matematik dan Sains.

Aktiviti lain yang dijalankan ialah membina kotak sifir, mencipta teleskop, Galactic Mobile dan teknik Kira Cepat. Semoga para peserta telah memanfaatkan kem ini sebaik-baiknya.


Lagi gambar menarik

0 comments:

Catat Ulasan