Khamis, 14 Februari 2008

Nilam 2008

Pertandingan NILAM yang bertujuan untuk menggalakan murid-murid untuk membaca telah bermula.

Untuk menyertai pertandingan ini, murid-murid perlu membaca seberapa banyak buku atau bahan bacaan. Setelah selesai membaca sesebuah buku, murid-murid perlu merekod beberapa maklumat tentang buku yang dibaca di dalam Buku NILAM. Selepas itu murid-murid perlu mendapatkan tandatangan guru untuk mengesahkan maklumat tersebut.

Murid-murid boleh membaca buku yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah atau lain-lain tempat. Buku NILAM ini boleh didapati di Pusat Sumber Sekolah dengan harga RM1.

Pertandingan NILAM pusingan pertama berlangsung sehingga 1 Mei 2008. Selamat Membaca!


0 comments:

Catat Ulasan