Sabtu, 5 September 2015
Rabu, 2 September 2015
Taklimat menduduki UPSR
Taklimat terakhir UPSR telah diadakan di surau pada pukul 3.30 petang. Seramai 139 orang calon UPSR telah diberikan jadual waktu peperiksaan oleh guru kelas dan guru setiausaha peperiksaan UPSR.
Kemudian Guru Besar, Puan Tengku Noor Ketina telah menyampaikan tip-tip sebelum, semasa dan selepas menghadapi peperiksaan.
Berikut gambar-gambar yang sempat dirakamkan.
Jumaat, 21 Ogos 2015
Bengkel pemantapan KBAT 1.0
Guru-guru Seri / Semi ABIM Sg Ramal telah mengikuti Bengkel Pemantapan KBAT pada pukul 2.30 petang di kelas Tingkatan 2 Ibnu Khaldun. Bengkel telah disampaikan oleh Tuan Hj. Mohamad B. Abu Daud.
Guru-guru telah didedahkan kepada peta pemikiran (i-Think) seperti peta bulatan, buih, buih berganda dan pokok.
Kemudian mereka membuat latihan peta pemikiran secara berkumpulan membincangkan tajuk pelancongan di Malaysia.
Berikut gambar menarik yang sempat dirakamkan oleh lensa sekolah
Jumaat, 7 Ogos 2015
Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri BAKA 1436H
Berikut surat jemputan ke Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri BAKA 1436H dan Borang jawapan kehadiran serta sumbangan.
Rabu, 5 Ogos 2015
Penyampaian hadiah Kelas Ceria dan Bersih
Pada perhimpunan Isnin yang lalu, majlis penyampaian hadiah Kelas Ceria dan Bersih SERI telah diadakan di dataran perhimpunan. Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar, Puan Tengku Noor Ketina.
Berikut adalah kelas yang telah memenangi hadiah Kelas Ceria dan Bersih mengikut aliran.
Berikut adalah kelas yang telah memenangi hadiah Kelas Ceria dan Bersih mengikut aliran.
Selasa, 4 Ogos 2015
Jumaat, 31 Julai 2015
Jumaat, 10 Julai 2015
Isnin, 11 Mei 2015
Langgan:
Catatan (Atom)


























