Rabu, 19 Februari 2014

Majlis Sukan Tahunan 2014 Ahad ini.

Majlis Sukan Tahunan 2014 SERI / SEMI ABIM Sungai Ramal kali ke 26 akan diadakan seperti maklumat berikut

Tarikh: 23hb Februari 2014 (Ahad)
Tempat: IPG, Kampus Pengajian Islam (Maktab Perguruan Islam, Sungai Merab
Masa: 8.00 pagi hingga 1.oo petang

Sehubungan dengan itu, sekolah SERI / SEMI akan bercuti pada 24hb Februari 2014 dan sekolah akan dibuka semula pada  25hb Februari 2014

Berikut salinan surat yang akan dihantar kepada anak-anak hari ini.


Google map

Selasa, 18 Februari 2014

Imej blog sekolah yang lebih ringkas dan segar.


Sempena tahun 2014, Unit IT SERI / SEMI ABIM sekolah telah menukar rekabentuk blog sekolah kepada blog yang lebih ringkas dan segar.

Walaubagaimanapun, menu-menu capaian seperti profail, galeri, jaringan, live dan alumni masih lagi dikekalkan. Diharapkan dengan rekabentuk yang baru, blog sekolah akan dicapai bukan sahaja oleh warga sekolah tetapi warga internet seluruh dunia.

Isnin, 17 Februari 2014

Program Tandas Angkat 2014 tingkatkan imej, kebersihan dan keceriaan tandas

Program Tandas Angkat SERI 2014 telah dilancarkan oleh Guru Besar di dalam Perhimpunan Isnin, pagi tadi. Program ini bertujuan untuk meningkatkan imej, kebersihan dan keceriaan tandas yang disasarkan kepada semua warga SERI ABIM Sungai Ramal.
 
Berikut gambar yang sempat dirakam oleh lensa sekolah.

Hijau mendahului merentas desa SERI dan SEMI



SERI dan SEMI ABIM telah mengadakan acara Merentas Desa pada 14hb Februari 2014 (Jumaat) bermula pukul 9.00 pagi. Terdapat 10 kategori yang dipertandingkan iaitu Tahun 4 Lelaki, Tahun 4 perempuan, Tahun 5 lelaki, Tahun 5 perempuan, Tahun 6 lelaki, Tahun 6 perempuan, Menengah rendah lelaki, Menengah rendah perempuan, Menengah Atas lelaki dan Menengah Atas perempuan.

Laluan untuk pelajar SERI dan SEMI lelaki ialah Jalan ABIM, Jalan Kampung Sg. Ramal Dalam, Jalan Dato Dagang, Jalan Desa Surada dan kembali ke Jalan ABIM. Manakala  laluan untuk pelajar SERI dan SEMI perempuan ialah Jalan ABIM, Jalan Ramal Desa, Jalan Teratai, Jalan Kampung Sungai Ramal Dalam dan kembali ke Jalan ABIM.

Selepas pertandingan, penyampaian medal telah disampaikan oleh GPK Ko-Kurikulum SERI, Puan Nurnisah dan GPK SEMI, Ustaz Nazzil Saifuddin.

Berikut pungutan mata acara Merentas Desa 2014 SERI
Hijau - 101 mata
Merah - 81 markah
Kuning - 80 markah
Biru - 68 markah

Berikut pungutan mata acara Merentas Desa 2014 SEMI
Hijau - 59
Biru -  54

Kuning - 45
Merah -  32

Berikut gambar-gambar menarik yang sempat dirakam oleh lensa sekolah.

Laluan merentas desa kategori SERI dan SEMI perempuan merentas Taman Ramal Desa

Kawalan trafik oleh En. Marsudi.

Pelajar-pelajar lelaki melalui Jalan Dato Dagang.

Ustaz Suhaizie memberi kad check point.

Guru-guru sedang menunggu pemenang di garisan penamat.

Alhamdulillah, sampai juga di sekolah akhirnya.

Pemenang-pemenang mendaftar diri di kaunter pendaftaran pemenang.







Pemenang-pemenang kategori Tahun 4 lelaki.

Pemenang-pemenang kategori Tahun 4 perempuan.


Pemenang-pemenang kategori Tahun 5 perempuan.


Pemenang-pemenang kategori Tahun 5 lelaki.

Pemenang-pemenang kategori Tahun 6 lelaki.




Pemenang-pemenang kategori Menengah Atas lelaki.

Pemenang-pemenang kategori Menengah Rendah lelaki.


Pemenang-pemenang kategori Menengah Rendah perempuan.


Pemenang-pemenang kategori Menengah Atas perempuan.


Murid-murid ceria melukis kartun Opak dan Ipit.


Program "Mari Belajar Asas Melukis Kartun bersama Kartunis Majalah Opak dan Ipit" yang mengisi slot "School of Talents" Jumaat yang lalu telah menarik minat lebih kurang 30 orang murid SERI. Beberapa orang kartunis bersama staf-staf majalah Opak dan Ipit telah menunjukkan cara melukis kartun Opak dan Ipit.

Selepas selesai melukis kartun Opak dan Ipit, dua orang kartunis Opak dan Ipit telah memilih bebarapa lukisan Opak dan Ipit yang terbaik. Murid-murid yang melukis kartun yang terbaik telah menerima cenderahati daripada Majalah Opak dan Ipit.

Akhir sekali, murid-murid berkesempatan membeli majalah Opak dan Ipit edisi terdahulu dengan harga RM1.00. Semoga murid-murid yang mengikuti program ini telah mencungkil bakat mereka dalam melukis kartun.

Sepanjang progam ini berlangsung, Puan Guru Besar bersama 2 orang guru bertugas iaitu Cikgu Hazurah dan Cikgu Juhaini telah mengawasi program ini.

Berikut beberapa gambar yang menarik yang sempat dirakam oleh lensa sekolah.

Sesi melukis Ipit

Kartunis Majalah Opak dan Ipit menunjukkan cara melukis kartun dengan betul .


Murid-murid tekun melukis kartun.








Sesi melukis Opak pula.

Kartunis sedang memilih hasil-hasil kartun yang dilukis oleh murid-murid.





Seorang murid menerima hadiah untuk hasil lukisan kartun terbaik.






Tempat pertama kategori Ipit.

Tempat kedua kategori Ipit.

Tempat ketiga kategori Ipit.

Tempat ketiga kategori Opak

Tempat kedua kategori Opak

Tempat pertama kategori Opak