Khamis, 25 Oktober 2012

Jom beriklan bersama Majalah An-Najah 2012

Majalah An-Najah 2012 adalah majalah sekolah tahunan yang akan diterbitkan oleh Unit Majalah SERI SEMI ABIM Sungai Ramal, Kajang. Majalah ini akan diedarkan kepada lebih 800 orang ibu bapa murid-murid SERI SEMI ABIM Sungai Ramal, Kajang.

Selain laporan aktiviti-aktiviti sekolah sepanjang tahun 2012, majalah ini juga menyediakan ruang iklan kepada syarikat atau individu yang ingin mempromosikan perniagaan mereka.

Berikut adalah pekej iklan yang disediakan:

1 muka surat (warna) = RM500.
1 muka surat (hitam putih) = RM200
1/2 muka surat (hitam putih) = RM100
1/4 muka surat (hitam putih) = RM50.
Sesiapa yang berminat boleh hubungi Cikgu Syakir (myskyria@yahoo.com). Ustazah Roslah (016-2845492) atau Ustaz Yusri (019-6803725). Jom beriklan bersama Majalah An-Najah 2012. Ruang iklan adalah terhad.

Isnin, 22 Oktober 2012

Update: 24hb Oktober 2012: Pelajar pulang 12.30 tengahari

Sempena Aidil Adha yang disambut pada 26hb Oktober 2012 (Jumaat), SERI dan SEMI akan mula bercuti pada 25hb Oktober 2012 (Khamis) hingga 28hb Oktober 2012 (Ahad). Pada 24hb Oktober 2012 (Rabu), murid-murid dan para pelajar SERI dan SEMI dibenarkan pulang pada pukul 12.30 tengahari manakala para guru dibenarkan pulang pada pukul 2.00 petang.

Pejabat sekolah akan dibuka sehingga pukul 3.00 petang pada hari yang sama. Para pelajar akan kembali ke  sekolah pada 29hb Oktober 2012.

Warga SERI SEMI ABIM Sungai Ramal mengucapkan Selamat Hari Raya Korban untuk semua umat Islam.

Jumaat, 19 Oktober 2012

KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH AGAMA MENENGAH BESTARI & MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS DAN TEKNOLOGI

Borang kemasukan ke sekolah berkenaan hanya akan diserahkan kepada pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh JAIS iaitu mendapat sekurang-kurangnya 4A dalam UPSR dan Mumtaz dalam PSRA
Pelajar yang berkelayakan bolehlah mengambil borang-borang berkenaan di pejabat sekolah setelah keluar keputusan peperiksaan

Borang-borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kembali kepada sekolah paling lewat seminggu selepas kedua-dua keputusan diumumkan

Makluman tawaran ke sekolah berkenaan akan dimaklumkan kepada ibubapa melalui telefon setelah pihak sekolah menerima surat tawaran dari JAIS

KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH AGAMA MENENGAH BATU 10

1. Borang permohonan akan diserahkan pada 11/10/2013 kepada pelajar tahun 6 untuk diberikan kepada ibu bapa / penjaga masing-masing.

2. Salinan dokumen yang diperlukan mestilah disahkan terlebih dahulu oleh pegawai kerajaan

3. Serah semula borang yang telah lengkap kepada guru kelas masing-masing selewat-lewatnya pada 19 OKTOBER

4. Pihak sekolah akan mengumpulkan borang yang telah lengkap diisi untuk dihantar ke JAIS.

5. Makluman tawaran ke sekolah berkenaan akan dimaklumkan kepada ibubapa melalui telefon setelah pihak sekolah menerima surat tawaran dari JAIS pada bulan Disember.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Video Tamrin Tahun 6 sesi 2012 Bahagian 2

I wonder why you and me fight each other
Don’t you see the similarities between us?
Take a minute and see yourself in the mirror
You look like me: those eyes, lips – you can’t deny

Pre-chorus:
Have you thought about
Why we look the same?
Why we feel the same?
Don’t tell me it’s by chance

Chorus:
Oh, you’re my brother
You’re my sister
We’re one big family
Oh, you’re my brother
You’re my sister
Just one big family

It doesn’t matter if you live far away from me
You feel I feel, you bleed I bleed, you cry and I cry
We sleep and dream
Sometimes we’re sad, sometimes we’re happy
You breathe I breathe
We love, walk, talk and we smile

PRE-CHORUS
CHORUS

I care about you
And I wish you could realise
There’s no difference between us two
We’re part of one family
No matter how far you are
And even if we don’t know each other
Oh, you and me, me and you, we are one
CHORUS

Lyrics & Melody: Maher Zain
Arrangement: Mustafa Ceceli & Maher Zain
Mixing: Ronny Lahti

Selasa, 9 Oktober 2012

Ustaz Awang pengerusi KGS baru.

Guru-guru dan staf-staf SERI SEMI ABIM telah mengadakan Mesyuarat Tergempar Kelab Guru dan Staf (KGS) pada 3hb Oktober 2012 yang lalu. Mesyuarat ini diadakan untuk melantik Pengerusi dan ahli jawatankuasa KGS kerana jawatan Pengerusi KGS akan dikosongkan. Jawatan Pengerusi KGS dari April hingga Oktober 2012 disandang oleh Sir Samsudin Musa.

Setelah pengiraan undi dilakukan, Ustaz Awang telah dipilih sebagai Pengerusi KGS. Selain itu, barisan AJK KGS yang dipilih ialah Cikgu Roshaneyati (Setiausaha), Puan Roslili (Bendahari), Cikgu Zarina Ahmad, Cikgu Norkamaliah, Ustazah Azian, Ustazah A.S. Radziah dan Cikgu Anis.
  
Pengerusi KGS, Sir Samsuddin Musa sedang mempengerusikan mesyuarat.

Selain melantik AJK KGS, agenda mesyuarat ialah pembentangan minit mesyuarat Agung KGS yang diadakan pada April 2012, pembentangan laporan kewangan dan cadangan usul. Sebelum mesyuarat ditangguhkan, CEO SERI SEMI ABIM Sg Ramal, Ustaz Mohd Naim telah memberi sedikit ucapan.

Akhir sekali, jasa-jasa barisan KGS April-Oktober 2012 tidak akan dilupakan dan selamat berkhidmat untuk barisan KGS Oktober 2012 - 2013.
 
Video Tamrin Tahun 6 sesi 2012.

Oh ho..

Mawi: 
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

C/O (dua-dua)
Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Owh ho owh ho
Hambamu Allah.....

Mawi

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Akhil Hayy

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Isnin, 8 Oktober 2012

Salam Imtihan untuk Calon PMR 2012

Seramai 34 orang pelajar Tingkatan 3 akan menjalani peperiksaan PMR yang akan berlangsung mulai 9hb Oktober( Selasa) hingga 16hb Oktober(Selasa) 2012.

Mereka akan mengambil peperiksaan untuk 9 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu, Pendidikan Islam dan  Sains.

Kami warga SERI dan SEMI mendoakan kejayaan anda semua.