Isnin, 28 Januari 2019

Ibu bapa, guru dan murid-murid bekerjasama menceriakan kelas, kawasan sekolah

Pada 26hb Januari 2019, Sabtu yang lalu, sekolah telah mengadakan Gotong-Royong Perdana Bersama BAKA 2019.

Sebelum gotong-royong, ibu bapa, guru-guru dan murid-murid bersarapan pagi di Kantin Sekolah.
Selepas itu, taklimat gotong-royong telah disampaikan oleh Pengerusi BAKA, En. Azmi Abdullah dan GPK Ko-kurikulum, Ustaz Alias.

Selain membersihkan dan menceriakan kelas anak-anak, ibu bapa, guru-guru dan murid-murid telah membersihkan kawasan sekolah seperti tempat wuduk lelaki dan perempuan, laluan solat jumaat dan lapangan memanah.


Aktiviti gotong-royong berahir pada pukul 1.30 tengahari. Berikut antara gambar gotong-royong yang sempat dirakamkan.
 







































Sabtu, 19 Januari 2019

Sambutan Program Pertemuan Ibu bapa Tahun 4,5,6 menggalakkan


Pagi tadi telah diadakan Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 4, 5, 6 dan Mesyuarat 3P UPSR di Dataran Al-Hikmah bermula pukul 8.00 pagi.
Selepas pendaftaran diri, ibu bapa bersarapan di Kantin Sekolah.
Pada pukul 9.15 pagi , pengerusi Majlis, Ustaz Zarith Amirul memulakan majlis dengan ucapan Guru Besar SERI ABIM, Cikgu Mohd Hanapiah Ardi.

Kemudian siri taklimat berikut telah dilaksanakan

✅ Taklimat Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD ) - Cikgu Nurnisah, GPK Kurikulum

✅ Taklimat Psikometrik - Puan Khairunnisa - Kaunselor Sekolah

✅ Taklimat Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum ( PAJSK ) - Cikgu Alias, GPK Ko-Kurikulum

✅ Taklimat Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah ( UPSR) - Cikgu Wan Zaripah, Penyelaras Tahun 6

✅ Taklimat  Penilaian Sekolah Rendah Agama ( PSRA) - Ustazah Nazli Hanim, Setiausaha PSRA

✅ Taklimat Sijil Penilaian Rendah Agama ( SPRA ) dan Ujian Penilaian Kelas KAFA ( UPKK ) - Cikgu Zamiah, Setiausaha SPRA, UPKK

Setelah taklimat, sesi soal jawab telah diadakan.
Kemudian, Ibu bapa Tahun 6 bergerak ke kelas anak masing-masing untuk membentuk AJK Program Perkongsian Pintar ( 3P). Program ini bertujuan untuk ibu bapa merancang dan melaksanakan program kecemerlangan anak-anak Tahun 6 sebagai sokongan kepada aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak Sekolah.

Semoga program ini dapat menambahkan maklumat kepada ibu bapa tentang keperluan pendidikan anak masing- masing masa ini.





















Khamis, 17 Januari 2019

Perjumpaan Ibu bapa Tahun 4,5,6

Tentatif 8.00 pagi: Pendaftaran dan sarapan 9.30 pagi: Ucapan Pengerusi Majlis 9.40 pagi: Ucapan Aluan Guru Besar Taklimat Pentafsiran Bilik Darjah Taklimat Psikometrik Taklimat PAJSK Taklimat UPSR 11.30 Ibu bapa Tahun 4 bersurai Untuk ibu bapa Tahun 6 (Taklimat PSRA dan Mesyuarat 3P) Untuk ibu bapa Tahun 5 (Taklimat SPRA dan UPKK) Semua ibu bapa tahun 4, 5, 6 dijemput hadir

Jumaat, 28 Disember 2018

Hari Suai Kenal Tahun 1 dan Taklimat Ibu Bapa Tahun 1 sesi 2019


Tarikh: 29hb Disember 2018 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat: Dataran al-Hikmah / Dewan Serbaguna

Pakaian murid-murid Tahun 1: Pakaian seragam sekolah lengkap (Pakaian hari Isnin - Khamis)
Sila bawa bersama alat tulis & selipar wudhu.