Jumaat, 18 Julai 2014

Kelas Hujung Minggu Hafazan Neuro Nadi Al-Hafiz

SERI telah mengedarkan surat mengenai Kelas Hujung Minggu Hafazan Neuro Nadi Al-Hafiz kepada murid-murid hari ini.

Segala maklumat tentang kelas tersebut sila baca surat di bawah.



Khamis, 17 Julai 2014

Jadual Ujian 2 Tahun 4 dan 5

Berikut jadual Ujian 2 Tahun 4 dan 5 bermula 21hb Julai hingga 24hb Julai 2014.



Rabu, 16 Julai 2014

Gotong-royong menyediakan juadah Iftar

Guru-guru dan staf-staf SERI dan SEMI telah bergotong-royong menyediakan juadah Iftar yang diadakan pada 14hb Julai 2014 yang lalu. Gotong-royong menyediakan juadah diadakan di Bengkel KH dan kawasan belakang sekolah. Mereka menyediakan juadah berbuka seperti roti jala, bubur cha-cha, air manisan, kuih Melaka dan lain-lain lagi.

Berikut gambar-gambar yang sempat dirakam.








Isnin, 14 Julai 2014

Makluman Pemilihan Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015



Pada hari ini, SERI telah menyerahkan surat Makluman Pemilihan Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015 kepada murid-murid Tahun 3, 4 dan 5 untuk diserahkan kepada ibu bapa masing-masing.

Pemilihan untuk menyertai ISK2015 akan diadakan pada 20,21 dan 22 Ogos nanti. Murid-murid Tahun 3, 4 dan 5 boleh menyertai 3 acara untuk sesi pemilihan itu nanti.

Di dalam surat ini juga disenaraikan guru-guru pembimbing untuk ISK 2015. Sekolah amat menghargai sumbangan kewangan atau tenaga kepakaran untuk melahirkan allet-atlet yang akan mewakali sekolah.

Ibu bapa dikehendaki menyerahkan surat jawapan sebelum 18hb Julai 2018.

Selasa, 8 Julai 2014

Mudah hafal al-Quran dengan Nadi Al Baghdadi

Sepanjang Ramadhan ini, SERI ABIM Sungai Ramal mengadakan Program Neuro Nadi Al Hafiz Al Baghdadi atau NADI AL-BAGHDADI. Program ini merupakan program hafazan Al Quran menggunakan Pendekatan Al Baghdadi yang melibatkan murid-murid Tahun 3 hingga Tahun 6 yang berminat. Program ini dijalankan di waktu pembelajaran Al-Quran.

Berikut gambar-gambar yang sempat dirakam oleh lensa sekolah.





Jumaat, 27 Jun 2014

Muzakarah Tahun 6: Perkongsian pembentangan

SERI ABIM Sungai Ramal mengadakan Muzakarah Tahun 6 pada pagi ini di surau sekolah.

Berikut analisa dan maklumat yng dibentangkan oleh Setiausaha Peperiksaan, GPK Kurikulum, Sahsiah dan Guru Besar.


Pembentangan Guru Besar


Pembentangan GPK Kurikulum



Pembentangan GPK Sahsiah


Pembentangan S.U peperiksaan.

Perbandingan Keputusan Setiap Matapelajaran s1 & s2


Analisa keseluruhan Setara 1 dan 2

c

Khamis, 19 Jun 2014

Ihtifal 2014: Pencapaian SEMI



SERI / SEMI ABIM Sg. Ramal telah menyertai Ihtifal (Akademik) Kebangsaan SERI / SEMI YTP pada 30hb Mei - 2hb Jun 2014 di Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas, Ketereh, Kelantan.

Berikut pencapaian SEMI ABIM Sg Ramal (Kategori Menengah Rendah)

Johan.
1. Tilawah Al-Quran Perempuan
2. Syarahan Bahasa Melayu Perempuan
3. Sajak lelaki
4. Rekacipta.

Naib Johan.
1. Menulis khat lelaki
2. Syarahan Bahasa Inggeris lelaki
3. Sajak perempuan.
4. Azan
5. Nasyid
6. Kuiz.

Ketiga.
1. Syarahan Bahasa Melayu lelaki
2. Syarahan Bahasa Inggeris perempuan
3. Khutbah
4. Bahas
5. Qasidah

Secara keseluruhan SEMI ABIM Sg. Ramal mendapat nombor 3 daripada 7 buah sekolah untuk kategori Menengah Bawah.


Berikut pencapaian SEMI ABIM Sg Ramal (Kategori Menengah Atas)

Johan.
1.Syarahan Bahasa Melayu Perempuan


Naib Johan.
1. Hafazan lelaki
2. Syarahan Bahasa Inggeris perempuan
3. Syarahan Bahasa Arab perempuan
4. Khutbah

Ketiga.
1.Tilawah al-Quran Lelaki
2. Syarahan Bahasa Melayu lelaki
3. Azan

Secara keseluruhan SEMI ABIM Sg. Ramal mendapat nombor 2 daripada 4 buah sekolah untuk kategori Menengah Atas.

Tahniah kepada peserta-peserta, guru-guru pembimbing serta ibu bapa yang terlibat di dalam ihtifal kali ini.

Isnin, 16 Jun 2014

Ujian Penilaian Kemasukan Tahun 1 sesi 2015



Ujian Penilaian Kemasukan Tahun 1 sesi 2015 akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh: 5hb Julai 2014 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 10.30 pagi
Tempat: Kelas Tahun 2

Sekolah telah menghantar surat melalui pos kepada ibu bapa dan penjaga yang memohon kemasukan Tahun 1 sesi 2015 untuk anak masing-masing pada minggu lepas. Di dalam surat tersebut dinyatakan bayaran pendaftaran sebanyak RM150.00 dan  butiran-butirannya.

Jika ibu bapa dan penjaga mempunyai pertanyaan, sila hubungi Pejabat Akademik SERI di talian 03-8926 1220

Jumaat, 13 Jun 2014

Koleksi video ihtifal Akademik Kebangsaan YTP 2014


Berikut Koleksi video ihtifal Akademik Kebangsaan YTP 2014.</ br>

Khamis, 5 Jun 2014

Ihtifal 2014: Pencapaian SERI ABIM Sg Ramal.

SERI / SEMI ABIM Sg. Ramal telah menyertai Ihtifal (Akademik) Kebangsaan SERI / SEMI YTP pada 30hb Mei - 2hb Jun 2014 di Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas, Ketereh, Kelantan.

Berikut pencapaian SERI ABIM Sg Ramal.

Johan.
1. Muhammad Iskandar B. Abdul Malik (Hafazan Tahap 2)
2. Ahmad Farouq B. Zaid, Ahmad Arif Amali B. Azmi, Mawaddah Madihah Bt. Ahmad Naidi, Fatin Batrisya Bt. Abu Bakar (Kuiz)

Naib Johan.
1. Choral Speaking
2. Sofea Khairina Bt. Zulhaimi (Sajak Perempuan)
3. Tuan Muaz Uzair B Tuan Mazlan (Hafazan lelaki Tahap 1)
4. Afini Yusra Bt. Ahmad Fazli, Nor Irdhina Bt. Khairodze (Gubahan)

No. 3
1. Aaeisyah Maisarah Bt. Zulhaidi (Mewarna Tahap 1 perempuan)


Keseluruhannya SERI ABIM Sungai Ramal mendapat no.5 daripada 13 buah sekolah.

Wajah-wajah pemenang sedang beraksi:

Kuiz

Kuiz

Hafazan Tahap 1

Sajak

Hafazan Tahap 2

Gubahan

Coral Speaking
.