Isnin, 14 Januari 2013

Majlis Pelancaran An-Najah 2012, "Di hatiku" (Video)


Pagi tadi telah diadakan Majlis Pelancaran An-Najah 2012, "Di hatiku" yang telah dirasmikan oleh GPK Kurikulum, Puan Rahila Binti Yasin di hadapan murid-murid dan guru-guru SERI semasa perhimpunan Isnin.

Selain GPK Kurikulum,  Puan Rahila yang berada di pentas untuk merasmikan Majlis ini,  turut memeriahkan pentas ialah GPK Sahsiah sebagai Ketua Pengarang  dan guru-guru Sidang Redaksi dan beberapa orang murid.

Berikut ialah guru sidang Redaksi yang bertungkus-lumus menyiapkan Majalah An-Najah 2012.

Pengerusi 1: Ustaz Nazzil Saifuddin,
Pengerusi 2: Puan Roslah Ramli,
Ketua Editor dan Fotografi Majalah An-Najah 2012: Ustaz Mohd Syakir B. Md Yusof.

Penolong Ketua Editor, Cikgu Nur Suhaili,
Bahagian dokumentasi: Cikgu Fazlin Mazzira dan Ustaz Zuraizi, Ustazah Kasmah, Ustaz Najmuddin,
Bahagian Kewartawanan: Cikgu Siti Halijah, Cikgu Nurnadiah.
Bahagian Karya: Cikgu Asmaniza,
Bahagian Iklan dan Promosi: Ustaz Mohd Yusri,
Bahagian Grafik: Cikgu Bisyarani
Bahagian Pengedaran, Cikgu Nurshekha.

Majalah An-Najah akan diedarkan kepada murid-murid SERI dan pelajar-pelajar SEMI pada minggu ini, insya-Allah. 

Semoga dengan pelancaran An-Najah 2012 dapat menyuntik semangat  guru-guru dan para pelajar untuk menyumbangkan karya di dalam An-Najah  2013.

Majlis ini telah dipengerusikan oleh Saudari  Nur Aina Najat Bt Mohd Amran (6 Ali).


Isnin, 7 Januari 2013

Pusat Sumber Sekolah bercat baru.

Guru-guru PSS telah mengadakan gotong-royong mengecat PSS pada hari Sabtu yang lalu. PSS telah dicat dengan warna merah dan merah jambu berjalur.

Antara pengawas PSS yang turut membantu di dalam gotong-royong.


Khamis, 3 Januari 2013

You're the best, I'm the best, We are the Best (Video)


Tidak lengkap rasanya kalau kita hanya melihat gambar-gambar menarik sepanjang Program Perkembangan Pelajar (Pidato Nusantara) tanpa melihat video persembahan murid-murid sepanjang kuliah pidato hari ini. Berikut video yang sempat dirakam sepanjang lawatan Dato' Dr. Syed Ahmad Syed Samsuddin al-Sagoff ke kelas-kelas.







Gambar menarik hari kedua Program Perkembangan Pelajar (Pidato Nusantara)

Program Perkembangan Pelajar (Pidato Nusantara) diteruskan pada hari kedua hari ini. Program bermula seawal pukul 9.00 pagi di kelas-kelas Tahun 2 hingga 6 dan SEMI.

Hampir 40 orang pensyarah daripada Akademi Nusantara telah mengendalikan kuliah Pidato Nusantara. Jadual rehat pagi, makan tengahari dan solat zuhur berjalan seperti biasa. Berikut beberapa gambar menarik sepanjang hari ini.








Lagi gambar-gambar

Rabu, 2 Januari 2013

Bina keyakinan diri dengan Pidato Nusantara (Video)


SERI dan SEMI ABIM Sungai Ramal telah memulakan sesi persekolahan 2013 dengan Program Perkembangan Pelajar (Pidato Nusantara) yang dikendalikan oleh Dato' Dr. Syed Ahmad Syed Samsuddin al-Sagoff, Ikon Pidato Malaysia bersama-sama dengan pensyarah-pensyarah Akademi Nusantara.

Program bermula pada 2hb Januari 2013 (Rabu) hingga 4hb Januari 2013 (Jumaat) yang melibatkan Tahun 2 hingga Tahun 6 dan SEMI. Pada hari pertama, program yang melibatkan Tahun 2 dan 3 dibuat di kelas masing-masing manakala murid-murid Tahap 2 diadakan di surau.

Selain murid-murid dan guru-guru didedahkan kepada teknik-teknik asas pidato, Program Perkembangan Pelajar (Pidato Nusantara) dapat membina keyakinan diri dan meningkatkan semangat murid-murid untuk melangkah sesi persekolahan  2013.




Sabtu, 29 Disember 2012

Kalendar SERI SEMI 2013: Dapatkan segera!


Dapatkan Kalendar SERI SEMI 2013 yang dijual di Pejabat Am SERI dan Pejabat Kewangan SEMI sekarang. Setiap kalender berharga RM10 sahaja. Kalender ini mengandungi Takwim SERI dan SEMI dan tarikh-tarikh cuti SERI dan SEMI. Dapatkan kalendar sambil menyumbang kepada sekolah.

Jumaat, 28 Disember 2012

Hari Suaikenal Tahun 1 sesi 2013


 Pada hari ini, murid-murid Tahun 1 sesi 2013 telah mengikuti program Hari Suaikenal. Ibu bapa telah tiba di sekolah seawal 7.30 pagi untuk menghantar anak masing-masing. Program ini bertujuan untuk membantu murid-murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau taski / tadika ke pendidikan yang lebih formal di SERI.

Murid-murid Tahun 1 telah didedahkan dengan persekitaran, peraturan dan perjalanan  sekolah sepanjang program ini berlangsung. Manakala pada pukul 9.30 pagi, ibu bapa telah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pendaftar, Pengerusi BAKA, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan HEM.

Program berakhir pada pukul 12.30 tengahari.

 Pengerusi BAKA sedang menyampaikan ucapan semasa Sesi Taklimat.

 Pendaftar SERI / SEMI sedang menyampaikan ucapan alu-aluan semasa Sesi Taklimat.
 
 Murid-murid Tahun 1 sedang beratur selepas Minum Pagi di kantin.

Khamis, 27 Disember 2012

Retreat bersama Pakar Motivasi dan Ikon Pidato Malaysia

  cxcx

Guru-guru dan staf SERI dan SEMI ABIM Sungai Ramal telah mengadakan retreat selama 3 hari 2 malam bermula 21hb Disember 2012 hingga 23hb Dis 2012.

Retreat yang dianjurkan bersama oleh YTP dikendalikan oleh Dato' Dr. Syed Ahmad Syed Samsuddin, Pakar Motivasi dan Ikon Pidato Malaysia. Pada hari pertama retreat diadakan di Dewan KDH bermula pukul 8.30 pagi.

Pada sesi malam, Presiden Wadah, Dato’ Dr. Siddiq Fadzil telah menyampaikan kuliah sehingga pukul 11.00 malam. Guru-guru dan staf SERI dan SEMI telah bermalam di sekolah kerana program qiam mulail akan diadakan pada pukul 5.00 pagi.

Pada hari Sabtu, Guru-guru dan staf SERI dan SEMI ABIM telah berangkat ke Nur Lembah Pangsun Eco-resort menaiki bas.

Pelbagai aktiviti dalaman dan outdoor telah dijalankan untuk membina semangat berpasukan, jati diri, kepimpinan, pengukuhan tauhid, motivasi dan lain-lain lagi.

Di akhir retreat, guru-guru dan staf SERI dan SEMI lebih bermotivasi dalam mengorak langkah di tahun baru 2013.

Rabu, 19 Disember 2012

Tahniah! 5 orang mendapat 9A PMR


Pada hari ini telah diumumkan keputusan PMR 2012. Majlis penyerahan slip keputusan telah diadakan di Kelas Tingkatan 1 pada pukul  12.00 tengahari. Pengetua SEMI, Puan Rogayah Sebli telah menyampaikan keputusan kepada pelajar-pelajar.

Berikut analisa pelajar yang mendapat A di dalam PMR 2012.

9A - 5 orang
8A- 4 orang
7A- 1 orang
6A- 5 orang
5A- 3 orang


 Pelajar yang mendapat 9A.

Berikut nama pelajar yang mendapat 9A.
 ANIS HANANI BINTI SUFFIAN
NUR HAZIRAH BINTI YAZID
ABDUL RAHMAN BIN MAHEDIN
NUR FAIQAH AQILAH BINTI FUAAD
HARIS ASYRAF BIN AHMAD RIDZUAN.

  Pelajar yang mendapat 8A.

Berikut nama pelajar yang mendapat 8A.
 ALYA FARHAH BT JOHAIDI
AZYAN FITRI BT. MAZLAN
NUR SHUFINAH BT. SUHAIMI
SITI NUR NAFISAH BT HAFIDZAN.

Jumlah keseluruhan pelajar yang mengambil PMR 2012 ialah 34 orang.

Selasa, 18 Disember 2012

Makluman Pengawas SERI

Makluman kepada calon Pengawas sesi 2013 yang telah menghantar BORANG PERMOHONAN kepada mana-mana guru SERI, calon pengawas tersebut sudah confirm menjadi pengawas sesi 2013. Segala kesulitan amat dikesali.