Isnin, 19 Januari 2009

Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah 2009



Isnin. Pada hari ini diadakan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas Seri semasa perhimpunan. Watikah disampaikan oleh Pengetua, Puan Tg. Noor Ketina Abdullah.


Pada tahun ini seramai 70 orang pengawas telah dilantik. Pengawas terdiri daripada murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan Tahun 6.


Selepas pengawas-pengawas sekolah menerima watikah, mereka membaca Ikrar Pengawas di hadapan murid-murid Seri Abim Sg Ramal.


Semoga pengawas-pengawas sekolah dapat menjalan tugas dengan bertanggungjawab dan berdisiplin.

Guru Bertugas Minggu 3 (19hb-23hb Jan 2009)

Senarai Guru Bertugas Minggu ini.

  1. En. M. Shairul Azri
  2. Pn. Roslah Ramli
  3. En. Wan Mohd Ariffin

Selasa, 13 Januari 2009

Telatah Murid Tahun 1


 Hari suaikenal Seri Abim Sg Ramal untuk Tahun 1 telah diadakan pada 3hb Januari 2009 (Sabtu). Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk memperkenalkan budaya sekolah kepada murid-murid.
Selain itu, ibu bapa murid-murid telah mengikuti taklimat mengenai sekolah. Taklimat  telah disampaikan oleh Puan Pengetua dan Ketua Pengarah Yayasan Takmir Pendidikan. 

Guru Bertugas Minggu 2 (12hb-16hb Jan 2009)

Senarai Guru Bertugas Minggu ini.

  1. Pn. Kalsom Abu Bakar
  2. Pn. Siti Sarah Ejam
  3. Pn. Anisah Ishak
  4. En. Khairil Izuan.

Khamis, 8 Januari 2009

TARIKH PEPERIKSAAN 2009


TARIKH BAGI PEPERIKSAAN AWAM BAGI TAHUN 2009
(Jika tiada perubahan)

UPSR 8.9.2009 - 10.9.2009
PMR 12.10.2009 - 16.10.2009
SPM 9.11.2009 - 4.12.2009
STPM 11.11.209 - 3.12.2009
MUET 9.5.2009
MUET 7.11.2009
STAM 19.10.2009 - 21.10.2009 dan 26.10.2009 - 27.10.2009

Rabu, 7 Januari 2009

Nasyid Ihtifal 2008 2/2

Isnin, 5 Januari 2009

Ucapan Tahun 2009


Khamis, 1 Januari 2009

Pelajar Terbaik PMR 2008

Berikut adalah pelajar-pelajar yang mendapatkan keputusan cemerlang ( 9A) di dalam PMR 2008 bersama ibu bapa masing-masing.




Pelajar yang mendapat 9A PMR 2008 (3 Orang).
1. ATIKAH SYAMILAH BT MAT AZID
2. HAMIZAH BT HASSAN HAMDANI
3. HANIFF B ABDUL RAHMAN

Pelajar yang mendapat 8A PMR 2008 (2 Orang).
1. MIFDHAL NUAIM AS-SADDIQ BT ABDUL RAHIM
2. NURUL SYAIRAH BT KASWAN

Pelajar yang mendapat 6A PMR 2008 (2 Orang).
1. IZHAN HAFIZIE B ABD RAHIM
2. ANIS AMIRA BT HUSAIN

Majalah An-Najah 2008

Alhamdulillah, majalah sekolah Seri / Semi Abim Sg Ramal, "An-Najah 2008" telah berjaya diterbitkan.

Murid-murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 Tahun 2008 boleh mendapatkan Majalah An-Najah 2008 di Pejabat Pentadbiran di bangunan Seri.

Murid-murid lain boleh mendapatkan majalah sekolah edisi ke-4 setelah sesi persekolahan 2009 dibuka.


Rabu, 31 Disember 2008

Tahniah pelajar PMR 2008

Tahniah diucapkan kepada pelajar PMR 2008 Semi Abim Kajang yg telah mendapat keputusan yang cemerlang.

Kepada pelajar yang belum berjaya, tambahkan usaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM.

Berikut adalah ringkasan statistik keputusan PMR. (bil keseluruhan 31 orang)

Bilangan pelajar yg mendapat A di dalam pelajaran berikut:

BM = 16 orang
BI = 9 orang
Sejarah = 10 orang
Geografi = 7 orang
Pendidikan Islam = 13 orang
Matematik = 9 orang
Sains = 11 orang
Kemahiran Hidup = 9 orang
Bahasa Arab = 7 orang


Peratusan lulus mengikut pelajaran:

BM = 100%
BI = 96.8%
Sejarah = 100%
Geografi = 100%
Pendidikan Islam = 100%
Matematik = 100%
Sains = 96.8%
Kemahiran Hidup = 100%
Bahasa Arab = 80.6%